Sebanyak RM26.3 JUTA Premium Dikutip Kerajaan Perak Hingga 31 Julai – MB

IPOH, 30 Ogos – Sebanyak RM26.3 juta premium dikutip kerajaan negeri sejak 1 Jan sehingga 31 Julai lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diberitahu hari ini. Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata perolehan ini adalah 41.33 peratus daripada sasaran asal iaitu kira-kira RM63.6 juta dan ini berlaku ekoran kesan daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang. Saarani (BN-Kota Tampan) […]

» Read more

UMNO Sentiasa Bersama Rakyat… Santuni Mangsa Terkesan Banjir Hulur Bantuan- Shahril Hamdan

BAGAN SERAI, 27 Ogos – UMNO terbukti sentiasa bersama rakyat dengan turun padang walaupun pandemik COVID-19 masih menular sebagaimana yang dilaksanakan oleh Ketua Penerangan UMNO merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan yang menyantuni penduduk setempat selepas mereka ditimpa musibah dalam banjir baru-baru ini. Shahril bersama-sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak, Mohd Arrif  Abdul Majid dan anggota Pemuda […]

» Read more

Perak Peruntukkan Lebih RM200 Juta Bagi Dua Pakej Rangsangan Ekonomi – MB

IPOH, 27 Ogos – Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan lebih RM200 juta membabitkan dua Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) demi meringankan beban rakyat terjejas selain memulihkan semula kegiatan ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata ini merangkumi pelbagai inisiatif dan bantuan iaitu masing-masing sebanyak RM130 juta bagi PRE 2020 dan RM70.2 juta bagi PRE 2021. […]

» Read more

Ulang Tahun Ke-72: Pemuda UMNO Pelapis Kepimpinan, Tunjang Masa Depan Negara – Pimpinan Parti

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Sempena hari ulang tahun penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO yang ke-72 pada hari ini, beberapa pemimpin parti menerusi platform media sosial menitipkan beberapa ucapan tahniah dan juga nasihat serta paduan buat pendukung sayap parti itu. Antaranya seperti Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid yang berkata Pemuda UMNO adalah tunjang kepada barisan pelapis kepimpinan dan masa […]

» Read more

Politik Matang: Rafak Sembah Titah Sultan Perak, Pendekatan Kerajaan Negeri Demi Kebajikan Rakyat – Hamidi

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lenggong Mohamad Hamidi Baharuddin merafak sembah titah ucapan Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 yang menzahirkan langkah berani Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad dalam memberikan peruntukan sama rata kepada kesemua 59 ADUN tanpa mengira naratif politik. “Pengalaman menjadi kerajaan […]

» Read more

Pertandingan Pidato ‘Online’ Serlah Minat Anak Muda, Petanda Baik Untuk UMNO – Zolkafly Harun

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – “Syukur Alhamdulillah selama tiga hari ini Penerangan UMNO Negeri Perak dapat melaksanakan pertandingan pidato secara online bagi peringkat Negeri Perak yang dianjurkan oleh Penerangan UMNO Pusat,” kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun. Katanya, pertandingan pidato secara maya ini mendapat sokongan ramai khususnya golongan muda yang menjadi bukti bahawa UMNO mendapat tarikan […]

» Read more

Isu Pihak ROS Tidak Berbangkit, Wujud ‘Legitimate Expectation’ ROS Perakukan Penangguhan Pemilihan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – UMNO menegaskan bahawa berdasarkan rentetan kronologi surat menyurat di antara pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan UMNO, maka, telah wujud satu harapan yang sah (legitimate expectation) oleh pihak UMNO ke atas pihak ROS untuk memperakukan penangguhan pemilihan parti. Demikian kata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang media yang berlangsung secara maya […]

» Read more
1 50 51 52 53 54 218