Selama UMNO Berpaksi Di Bumi Malaysia, Kepentingan Islam Dan Umat Akan Dijunjung – Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji bahawa selagi parti keramat ini berpaksi di bumi Malaysia, selagi itu UMNO akan menjulang kepentingan Islam dan umatnya di negara ini. Bagaimanapun dalam pada masa yang sama masih tetap menghormati hak penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing. “Beberapa kajian akademik sebelum ini memperakui peranan UMNO […]

» Read more

Tahap Kesiapsiagaan Jentera UMNO/BN Terbaik, Tanjung Malim Sedia Depani PRU15

BAGAN DATUK, 5 Okt – UMNO Tanjung Malim telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan sekaligus membentuk kerajaan di peringkat negeri dan pusat, demikian tegas Pemangku Ketuanya, Mohd Zaidi Aziz. Menurutnya, langkah itu penting bagi mengelakkan jentera berada di tahap tidak memuaskan selain melicinkan gerakan sepanjang tempoh berkempen apabila gendang PRU […]

» Read more

PRU15: Pas Perlu Penuhi Syarat Sekiranya Mahu Bersama UMNO

  KUALA LUMPUR, 4 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Pas perlu mematuhi syarat yang ditetapkan sekiranya mahu bersama parti ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Berkongsi mengenai pertemuan bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang diadakan baru-baru ini, beliau berkata ianya juga membincangkan pelbagai dasar termasuk berkenaan masa depan kedua-dua […]

» Read more

Lantanid: Jangan Kelirukan Rakyat- MB Perak

IPOH, 29 Sept – Kerajaan Perak meminta pihak pembangkang agar berhenti mengelirukan rakyat dan menyebarkan maklumat tidak benar, mengenai aktiviti melombong Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) lantanid di Gerik yang didakwa memberi kesan radioaktif. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata dalam cubaan untuk menipu rakyat pembangkang sebaliknya lupa bahawa, mereka sendiri sudah mempunyai maklumat yang mencukupi tentang isu […]

» Read more

ADUN Dap Dibidas, Kerajaan UMNO/BN Enggan Buang Masa Layan Retorik Politik

JOHOR BAHRU, 23 Sept – Ahli Dewan Undngan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain membidas pemimpin Dap yang merupakan ADUN Skudai, Marina Ibrahim atas usul yang ditimbulkan untuk mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menjalankan kajian dan cadangan terhadap Enakmen Anti-Lompat Parti. Tegas Sharifah Azizah, apabila ADUN Skudai menjadikan hal tersebut sebagai satu perkara berbangkit maka dikhuatiri ia seolah-olah […]

» Read more

Lipat Gandakan Medium Media Sosial UMNO/BN, Tangkis Tohmahan Liar – Dr Norashikin

  BAGAN DATUK, 21 Sept – Ketua Wanita UMNO Negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berharap seluruh jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) akan melipat gandakan lagi penggunaan medium media sosial dalam usaha menangkis pelbagai tohmahan yang tidak benar tentang parti termasuklah kerajaan Perak hari ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah seterusnya berkata keberkesanan penyampaian […]

» Read more

Perak Sasar Jadi Koridor Utama TVET Negara

LENGGONG, 21 Sept – Perak meletakkan sasaran menjadi Koridor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara melalui Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri terus komited memperkasa dan mensejahterakan pendidikan tinggi negara bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berpotensi menembusi pasaran pekerjaan dan memenuhi […]

» Read more

Jentera UMNO/BN Siap Siaga Kembalikan Parlimen Teluk Intan, Sedia Untuk PRU15 – Azhar

BAGAN DATUK, 20 Sept – Memandangkan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) bakal diadakan pada bila-bila masa biarpun tarikh sebenar pembubaran tidak diketahui, UMNO Bahagian Teluk Intan terus mengorak langkah dengan mempersiapkan jentera bagi menghadapi pertembungan tersebut. Ketuanya, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata akar umbi UMNO dan jentera BN telah siap siaga bagi mendepani PRU dengan tekad mengembalikan Parlimen Teluk Intan […]

» Read more
1 40 41 42 43 44 218