Seluruh Negara Di Bawah PKP Kecuali Sarawak – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Seluruh negara, kecuali Sarawak, akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kerajaan turut menguatkuasakan perintah itu di Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu mulai 22 Jan ini hingga 4 Feb depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah terdapat peningkatan taburan kes positif COVID-19 […]

» Read more

COVID-19: 2,985 Kes Baharu, 994 Kes Pulih Hari Ini – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 13 Jan – Sejumlah 2,985 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 144,518 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata bilangan kes COVID-19 yang sembuh bagi tempoh sama ialah 994 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 111,578 kes atau 77.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. […]

» Read more

PKP: Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Dengan Had Waktu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Sebahagian aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula pada 12.01 tengah malam ini dengan waktu operasi antara 6 pagi hingga 8 malam, kecuali bagi aktiviti tertentu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuk restoran, kedai makan, penjaja tepi jalan dan beredar serta medan selera namun tidak […]

» Read more

Agong Isytihar Darurat Bendung COVID-19 Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara memaklumkan Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih […]

» Read more

SOP PKP Lebih Terperinci Diumumkan Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diumumkan esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri menerusi kenyataan media perkembangan PKP dan PKP Pemulihan hari ini berkata, perkara tersebut bakal diumumkan dalam sidang media hariannya pada […]

» Read more

PKP 14 Hari Di Enam Negeri Mulai Rabu

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata enam lagi negeri – Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu […]

» Read more

Mangsa Banjir Di Empat Negeri Berkurangan, Johor Masih Tunjuk Peningkatan

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak, semakin pulih setakat 8 pagi ini dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan menurun. Bagaimanapun, Johor masih mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir akibat hujan lebat berterusan sejak malam tadi. Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di 16 PPS berkurangan kepada 1,702 berbanding 2,118 petang semalam. Berdasarkan […]

» Read more

Op Murni Diteruskan Sehingga Berakhir Tengkujuh – Ismail Sabri

KUANTAN, 11 Jan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meneruskan Op Murni bagi membantu mangsa banjir sehingga berakhir musim tengkujuh yang dijangka pada Mac ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata fasa seterusnya operasi berkenaan akan membabitkan tugas pascabanjir seperti membantu mangsa banjir kembali ke kediaman mereka dan pembersihan tempat awam. “Ada dua fasa iaitu […]

» Read more

Kerajaan Perlu Bantu Tangani Banjir … Selesaikan Isu Ini Segera – Ahmad Maslan

SLIM, 9 Jan – Kerajaan perlu bertindak bagi menangani masalah banjir yang seringkali melanda negara dan perlu diselesaikan dengan kadar segera, itu luahan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata, kerajaan perlu aplikasi cadangan pakar dalam bidang alam sekitar yang memberikan kaedah-kaedah tertentu untuk menggelakkan bencana banjir ini terjadi secara berterusan. “Cuma saya melihat isu banjir ini isu […]

» Read more

Banjir Di Pahang, Terengganu, Kelantan Bertambah Buruk

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan, manakala keadaan banjir di Perak, Selangor dan Johor bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara semakin berkurangan. Di PAHANG, situasi banjir bertambah buruk apabila mangsa banjir yang dipindahkan di 241 pusat pemindahan mencatatkan angka 18,976 orang daripada 5,032 keluarga setakat […]

» Read more
1 179 180 181 182 183 217