Insiden Keracunan Makanan Dalam Negara Masih Terkawal – Khairy

PUTRAJAYA, 24 Nov – Insiden keracunan makanan dalam negara masih terkawal dengan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) terus melaksanakan pelbagai program intervensi bagi meningkatkan tahap keselamatan makanan dan mencegah kejadian keracunan makanan, kata Menterinya Khairy Jamaluddin. Beliau berkata menurut data KKM, 288 episod keracunan makanan dilaporkan pada 2020, manakala setakat September 2021 pula 123 episod keracunan makanan dilaporkan. Berucap pada program […]

» Read more

Sulaiman Mula Tugas Sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13

MELAKA, 22 Nov – Datuk Seri Sulaiman Md Ali memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pagi ini. Sulaiman, 55, tiba dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada 8.25 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasim Hasan serta kakitangan pejabat pentadbiran kerajaan negeri. Beliau kemudian mengimbas […]

» Read more

Malaysia Perlu Kekalkan Paksi Asean Dalam Kebangkitan Semula Persaingan Geopolitik Oleh Kuasa Besar

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Diplomasi Malaysia perlu berusaha keras untuk mengekalkan persamaan jarak ASEAN sebagai sebuah organisasi dalam suasana kebangkitan semula persaingan geopolitik dalam kalangan kuasa besar, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Penaung Diraja Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) itu bertitah adalah penting untuk Malaysia dan ASEAN bekerjasama dengan semua negara untuk keamaan dan kemakmuran bersama, […]

» Read more

COVID-19 Terkawal, Jangan Takut Keluar Mengundi – Ahmad Maslan

MERLIMAU, 16 Nov – “Saya mendapat perkhabaran ada pengundi yang khuatir untuk keluar mengundi pada 20 November ini kononnya masalah COVID-19 dan sebagainya,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Menurutnya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini rata-rata keseluruhan rakyat telah divaksin sebanyak 95 peratus dan ini jelas terbukti keadaan COVID-19 kini terkawal. “Saya menyeru kepada pengundi bahawa […]

» Read more

Unjuran Keperluan Pegawai Perubatan Tetap Dikemuka Kepada JPA, Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses menyediakan unjuran berkenaan jumlah pegawai perubatan yang perlu dilantik secara tetap. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata unjuran itu akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan untuk meneliti pelantikan jawatan tersebut mengikut keperluan pada masa depan. “Saya tak pasti kalau kita dapat serap semua (secara tetap) yang […]

» Read more

PRN Melaka: Jaya Atau Gagal Jadi Cerminan Parti Lakar Landskap PRU15 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata berjaya atau gagal Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) menjadi lakaran bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang. “Jaya atau gagal akan menjadi cerminan kepada UMNO dan BN untuk melakar landskap dalam PRU15. “Semangat jentera kita dari seluruh negara untuk membantu […]

» Read more

Bencana Dalam Bencana, Setiap Agensi Perlu Jadi “Responder” Yang Baik

PUTRAJAYA, 8 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu setiap agensi terlibat menjadi “responder” atau agensi penggerak balas yang baik semasa menyelamat dan menguruskan pusat pemindahan ketika menghadapi situasi “bencana dalam bencana”. Dengan pandemik COVID-19 dan varian-variannya masih belum terhapus, beliau berkata penyelarasan sumber dan kerjasama padu antara agensi-agensi kerajaan adalah diperlukan dalam menghadapi situasi “bencana dalam […]

» Read more

Lima Negeri Beralih Ke Fasa Empat PPN Isnin Depan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 8 Nov ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju untuk peralihan Fasa PPN bagi kelima-lima negeri selepas mengambil kira […]

» Read more

Pahang Lulus Inisiatif Sempadan Hijau Negeri – MB

KUANTAN, 5 Nov – Kerajaan Negeri Pahang meluluskan cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Negeri melibatkan sempadan negeri jiran iaitu Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu dibuat ketika Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Rabu lepas, sebagai menjunjung titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin […]

» Read more
1 160 161 162 163 164 218