Kes Najib: Ini Bukan Campur Tangan Mahkamah

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa ini bukan campur tangan mahkamah berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Jelas Mohd Puad, masih lagi […]

» Baca lanjut

Parti Tak Pernah Desak Campur Tangan Kes Mahkamah – Mohamad

  IPOH, 23 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menafikan dakwaan bahawa parti terlibat dalam campur tangan melibatkan kes mahkamah. Beliau malah menyifatkan perkara itu adalah spekulasi dan tidak dikeluarkan secara rasmi oleh parti. “Kami tidak pernah menyentuh sistem kehakiman mahkamah, kalau ada sesiapa bercakap itu tidak mewakili parti yang secara rasmi adalah dikeluarkan oleh […]

» Baca lanjut

PM Nafi Wujud Desakan Campur Tangan Kes Mahkamah

PUTRAJAYA, 23 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan terdapat desakan untuk beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak. “Tiada…tiada,” katanya ketika ditanya laporan sebuah media yang mengatakan ada perjumpaan khas melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO semalam, yang gagal mencapai kata sepakat bagi mendesak beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan bekas […]

» Baca lanjut

Gerak Kerja Satu Pasukan, Tekad Penting BN Depani PRU15 – Dr Zambry

IPOH, 23 Ogos – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyeru agar ahli parti menjaga perpaduan dengan tekad gerak kerja satu pasukan bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Katanya, ini kerana gerak kerja sebagai satu pasukan memainkan peranan penting dalam usaha untuk memberi kemenangan sama ada di Persekutuan dan negeri khususnya bagi Negeri Perak. […]

» Baca lanjut

Ikrar Bersatu Hati, Tekad Untuk BN Bentuk Kerajaan Pada PRU15 – Saarani

IPOH, 23 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menitipkan harapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini akan menyaksikan Barisan Nasional (BN) diberikan kepercayaan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan dan negeri khususnya di Perak. Beliau percaya perkara itu akan diperoleh berdasarkan semangat yang ditunjukkan oleh jentera dalam kesiapsagaan bagi berhadapan PRU-15 ini. “Tidak ada pilihan melainkan […]

» Baca lanjut

Komitmen Jentera Tahap Terbaik, Bersedia Hadapi PRU-15 – Ahmad Maslan

  KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menyedari episod hitam melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ekoran ketidakstabilan politik, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertekad memastikan kerajaan yang dibentuk selepas PRU-15 nanti adalah sebuah kerajaan yang stabil demi kemakmuran dan kepentingan rakyatnya. Atas kesedaran itu, sebelum menghadapi PRU-15 ini, UMNO/BN akan memastikan jentera bersiap sedia dalam segala segi supaya […]

» Baca lanjut

Kerajaan Fokus Pulihkan Projek LCS – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Kerajaan memberi fokus terhadap pemulihan projek kapal tempur pesisir (LCS) bagi memastikan projek itu kembali ke landasannya seperti yang telah ditetapkan Jemaah Menteri. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam hantaran menerusi Facebook beliau berkata rundingan dengan pihak vendor, pengilang peralatan asal (OEM) dan perbankan sedang dimobilisasikan. Hishammuddin berkata demikian berhubung perolehan LCS […]

» Baca lanjut
1 144 145 146 147 148 214