Ingat Pentadbiran 22 Bulan … ‘Perangkap’ Sama Digunakan PH Dan PN – Saarani

IPOH, 15 Nov – Pengundi negeri Perak perlu mengimbas kembali zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan apabila ramai yang terpedaya dengan janji manis mereka.

Berikutan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ‘perangkap’ yang mereka gunakan adalah sama, namun kali ini perbezaannya adalah kewujudan Perikatan Nasional (PN), namun masih datang dari pimpinan yang sama sebelum ini.

Katanya, selama 22 bulan janji manis yang ditabur tidak ditunaikan, sebaliknya beberapa pemimpin PH dilepaskan daripada kes-kes yang didakwa atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

“Mengaku atau tidak, PN ini dikepalai oleh PPBM iaitu parti tonggak kepada PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Lambang dua gabungan ini mungkin berlainan tapi wajahnya sama, identitinya sama serta tipu dayanya pun sama,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata Saarani lagi, pengundi ditegaskan supaya tidak tersalah pilih kali ini agar kestabilan negara dapat dijamin. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.