Pertukaran Kerajaan Pusat/Negeri Perlu Dijadikan Pengajaran, Pilih Kestabilan

BAGAN SERAI, 16 Nov – Calon UMNO/Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol, Nazirul Jamaluddin berharap rakyat mengambil pengajaran daripada pertukaran kerajaan yang berlaku di peringkat negeri dan Persekutuan. Katanya ini kerana, ketidakstabilan yang berlaku menjejaskan ekonomi negara dan negeri sekaligus turut sama memberikan kesan kepada rakyat. “Saya yakin BN akan menjadi kerajaan stabil bila mana diberi […]

» Baca lanjut

Calon BN DUN Manjoi Fokus Tingkatkan Ekonomi Peniaga Kecil, IKS Dan Pelancongan

IPOH, 16 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi Datuk Azizul Kama Abd Aziz memberi komitmen mahu mengembangkan ekonomi peniaga-peniaga kecil dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan itu dengan menaik taraf infrastuktur mereka. Begitu juga ujarnya, kemudahan-kemudahan yang ada di kawasan-kawasan pelancongan perlu ditambah baik supaya ia menjadi tarikan pengunjung dan seterusnya […]

» Baca lanjut

Ingat Pentadbiran 22 Bulan … ‘Perangkap’ Sama Digunakan PH Dan PN – Saarani

IPOH, 15 Nov – Pengundi negeri Perak perlu mengimbas kembali zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan apabila ramai yang terpedaya dengan janji manis mereka. Berikutan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ‘perangkap’ yang mereka gunakan adalah sama, namun kali ini perbezaannya adalah kewujudan Perikatan Nasional (PN), namun masih datang dari pimpinan yang […]

» Baca lanjut

PRU15: Kerusi Kepada Parti Komponen Bukti Penghargaan BN Waktu Susah Dan Senang – Ismail Sabri

SUNGAI SIPUT, 15 Nov – Pemberian kerusi sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan penghargaan kepada kesetiaan MIC dan MCA selaku komponen Barisan Nasional (BN) di waktu susah dan senang selama ini. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini adalah konsep Keluarga Malaysia dalam mewujudkan kebersamaan dan sokongan kepada gabungan itu untuk dipilih rakyat pada hari pengundian […]

» Baca lanjut

PRU15: Pengundi Awal Mula Tunai Tanggungjawab Mengundi

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah bermula secara rasmi pada pukul 8 pagi ini, melibatkan sejumlah 224,828 pengundi awal. Daripada jumlah itu, 117,473 orang adalah anggota tentera dan pasangan, manakala 107,355 lagi adalah polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan […]

» Baca lanjut

Lima Teras Iltizam Dr Asyraf Untuk Kepentingan Rakyat Gerik

GERIK, 14 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gerik Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meletakkan lima teras yang menjadi asas kepada komitmennya jika dipilih mewakili rakyat di kawasan itu. Katanya, lima teras yang menjadi iltizamnya itu adalah hasil daripada pertemuannya sepanjang seminggu bersama rakyat yang mempunyai pelbagai latar belakang di dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Teras yang […]

» Baca lanjut

Sentiasa Beri Khidmat Bakti, Arrif Tidak Asing Bagi Penduduk Padang Rengas

PADANG RENGAS, 13 Nov – Berperwatakan mudah mesra dan hampir dua dekad memberi khidmat bakti kepada rakyat membuatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Padang Rengas, Datuk Mohd Arrif Abdul Majid dikenali dan tidak asing di mata penduduk di kawasan itu. Anak jati kelahiran Kampung Jamuan, di sini itu berkata, sepanjang tempoh berkempen, rata-rata masyarakat yang dijumpai akan menyapanya […]

» Baca lanjut
1 139 140 141 142 143 214