Search Results for: UMNO Negeri Sembilan
Penerangan Isu Semasa
Bantuan Fokus Kesejahteraan Rakyat
Khidmat Bakti Jalaluddin Di Jelebu Berterusan, Harap Rakyat Fahami Kepentingan Jaga Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap rakyat diberi mesej jelas dan pendedahan sewajarnya berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan. Katanya di Jelebu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen terus memberi kerjasama baik kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Jelebu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa membudayakan gaya […]
» Read morePastikan Kesinambungan Perpaduan Terjalin Ditambah Baik, Diwarisi Ke Generasi Mendatang – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Sempena sambutan Hari Malaysia, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengajak rakyat secara bersama memastikan kesinambungan perpaduan yang terjalin ditambah baik serta diwarisi ke generasi mendatang. Katanya ini kerana negara ini dinamakan Malaysia selepas berlakunya persefahaman dan penggabungan antara beberapa negeri yang padanya diisi oleh masyarakat berbilang kaum, etnik dan keturunan. […]
» Read moreBersama MPKK Kampung Jerang
Semarak Semangat Patriotik, Rakyat Juasseh Dijemput Ke Karnival Hari Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Orang ramai dijemput untuk menghadiri Karnival Perpaduan Hari Malaysia DUN Juasseh yang akan diadakan serentak di tiga tempat iaitu di Dewan Hadhari, Pekarangan Pejabat Khidmat DUN Juasseh dan padang sekolah kebangsaan tapak bermula esok. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata program ini akan berlangsung selama dua hari bermula […]
» Read moreKejayaan Di Pulai, Simpang Jeram Bukti Kerjasama PH-BN Diterima, Momentum Positif Untuk PRK Pelangai

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Kejayaan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan yang diraih melalui kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram semalam membuktikan kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) diterima rakyat. Sambil mengucapkan tahniah kepada Suhaizan Kaiat dan Nazri Abdul Rahman atas kemenangan masing-masing di kerusi Parlimen Pulai […]
» Read morePilih Parti Yang Beri Khidmat Kepada Rakyat, Bukan Yang Suka Adu Domba Amal Politik Fitnah – Jalaluddin

BAKRI, 8 Sept – Pengundi UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dinasihati agar istiqamah memilih parti yang terbukti menawarkan khidmat bakti kepada rakyat dan bukan mereka yang suka adu domba dan mengamalkan politik fitnah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ini berdasarkan pengalamannya sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang baru sahaja selesai apabila […]
» Read moreJalaluddin Bidas Pembangkang Tandus Isu, Tiada Perancangan Demi Masa Depan Rakyat

BAKRI, 6 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias membidas pembangkang yang ketandusan isu sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sepertimana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini. Katanya, pembangkang hanya mengelirukan pengundi khususnya orang Melayu dengan memainkan sentimen agama dan bangsa tetapi tiada apa-apa perancangan demi kemajuan negara […]
» Read more