Wee Selesai Tunai Tanggungjawab, Antara Pengundi Terawal

PONTIAN, 16 Nov – Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck selesai menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berdaftar di Parlimen tersebut, dan menjadi antara pengundi paling awal. Dr Wee yang mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming 1 dan 2 di Pekan Nanas, tiba di pusat pengundian pada pukul 7.40 pagi. […]

» Read more

Proses Pengundian Bermula, Hari Penentuan PRK Tg Piai

TANJUNG PIAI, 16 Nov – Hari ini menjadi penentuan parti manakah yang akan menjadi pilihan rakyat Tanjung Piai apabila pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi, setelah lima belas hari berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan tersebut. Sebagai sebuah negara yang menjunjung proses demokrasi, adalah diharapkan proses pengundian berjalan lancar, aman dan penuh harmoni, tidak dicemari unsur-unsur provokasi […]

» Read more

Dap Berkuasa Hanya Untuk Penuhi Agenda Politik Mereka Sahaja – Mahdzir

TANJUNG PIAI, 15 Nov – Hasil kebijaksanaan pemimpin Melayu, Cina dan India terdahulu bersepakat sebelum merdeka dan bersetuju untuk membina sebuah negara yang merdeka telah mewujudkan toleransi yang tinggi demi keharmonian negara, ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid. Katanya, pada ketika itu apa yang telah dipersetujui terangkum di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah Islam agama persekutuan manakala agama dan […]

» Read more

Isu LTTE: Blok Pembangkang Kesal, Tuntut Penjelasan Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Blok pembangkang hari ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Peguam Negara menarik balik pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Negeri Sembilan berhubung kes yang melibatkan LTTE tanpa sebarang alasan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat tertanya-tanya apakah alasan Peguam Negara berhubung soal berkenaan dan menuntut penjelasan mengenainya. “Jadi kita rakyat […]

» Read more

Kami Tertipu Janji PH, Kami Menyesal… Maafkan Kami Khianati BN – Warga Felda

KUALA LUMPUR, 6 Nov – “Ya, kami tertipu dengan janji Pakatan Harapan (PH). Kami menyesal, kami sedar kini Barisan Nasional (BN) yang terbaik… maafkan kami kerana ‘mengkhianati’ BN….” Inilah antara luahan para peneroka Felda dan pekebun kecil yang kesal kerana termakan dengan janji manis PH semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Mereka mengakui, antara punca utama peneroka […]

» Read more

Giliran Kuasa Rakyat Tanjung Piai Pula Tumbangkan PH – Annuar

TANJUNG PIAI, 4 Nov – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai merupakan satu peluang kepada rakyat di kawasan tersebut untuk mengikut jejak langkah beberapa siri PRK sebelum ini dengan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika sesi taqarrub bersama dengan pengundi-pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Serkat, di sini malam tadi. […]

» Read more

Formula Perkongsian Kuasa Jadi Asas Kepada Pemilihan Calon BN Di Tanjung Piai

Segala persoalan terhadap teka teki pemilihan calon untuk bertanding kini sudah terjawab pada awal malam tadi apabila Barisan Nasional telah pun mengumumkan calonnya yang akan bertanding di P165, Tanjong Piai. Pemilihan semula Dr Wee Jeck Seng, bekas calon Parlimen P165 Tanjong Piai pada Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu dalam Pilihanraya Kecil pada kali ini amat besar impaknya jika hendak […]

» Read more

Isu LTTE: Dap Jangan Campur Tangan

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris mempertikaikan rasionalnya Penasihat Dap, Lim Kit Siang mempersoalkan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari partinya. Soalnya juga, siapakah Kit Siang untuk mengatakan ahli partinya tidak bersalah. “Dap seharusnya tidak campur tangan dalam kes […]

» Read more
1 157 158 159 160 161 175