Wee Selesai Tunai Tanggungjawab, Antara Pengundi Terawal

PONTIAN, 16 Nov – Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck selesai menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berdaftar di Parlimen tersebut, dan menjadi antara pengundi paling awal.

Dr Wee yang mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming 1 dan 2 di Pekan Nanas, tiba di pusat pengundian pada pukul 7.40 pagi.

Beliau yang mengundi di Saluran 4 dan isterinya, Datin Seri Lim Joo Hon (Saluran 6) selesai mengundi pada pukul 8.10 pagi.

Katanya kepada media, beliau bangun seawal 5 pagi bagi mempersiapkan diri untuk hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, selain mengakui perasaannya teruja sama seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lepas.

Hari ini, seramai 52,471 pengundi dalam Parlimen Tanjung Piai akan menunaikan hak mereka untuk memilih wakil rakyat baharu, selepas kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik daripada Bersatu yang mewakil Pakatan Harapan (PH) pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

Pilihan raya itu menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Wee, calon Karmaine Sardini, calon Gerakan Wendy Subramaniam dan Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz; serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Empat lagi calon bukan pengundi bagi kawasan Parlimen Tanjung Piai.

PRK berkenaan merupakan pilihan raya kesembilan sejak PRU14 pada Mei tahun lepas.

Terdahulu, pada Selasa lepas, sebanyak 91 peratus daripada 280 pengundi awal terdiri daripada anggota dan pegawai polis telah pun melaksanakan tanggungjawab masing-masing di Bangunan Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian.

Daripada keseluruhan pusat mengundi yang dibuka, 11 adalah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas manakala 16 lagi di DUN Kukup. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.