Selangor, KL Kekal Fasa 1 PPN – TPM

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Selangor dan Kuala Lumpur kekal dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kerajaan telah mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim dan lokaliti di dua negeri terbabit semalam. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun nilai ambang vaksinasi 10 peratus populasi dewasa sudah dicapai namun kes COVID-19 masih tinggi […]

» Read more

Projek Bina Hospital Padang Besar Diteruskan Dengan Penglibatan Swasta

PADANG BESAR, 17 Julai – Projek pembinaan Hospital Padang Besar akan diteruskan apabila beberapa pihak termasuk Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menunjukkan minat untuk terlibat sama bagi menjayakan projek tersebut. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata projek tersebut pernah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini namun tiada peruntukan kewangan telah menyebabkan projek tersebut tidak dapat diteruskan. “Projek […]

» Read more

Cuti Semester: Pelajar Diminta Jalani Ujian COVID-19 Di Klinik Kesihatan- MB Perak

IPOH, 16 Julai – Pelajar institut penganjian tinggi (IPT) yang pulang ke rumah masing-masing di Perak sempena cuti semester mulai minggu ini diminta tampil membuat ujian saringan COVID-19 secara percuma di mana-mana klinik kesihatan terdekat. Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata pelajar terbabit dinasihatkan supaya melakukan pengasingan kendiri di rumah selama 14 hari bagi mereka yang pulang dari kawasan […]

» Read more

COVID: 13,215 Kes Baharu Hari Ini, Angka Tertinggi Setakat Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kes harian COVID-19 di Malaysia terus meningkat dengan sejumlah 13,215 kes dilaporkan hari ini, angka harian tertinggi dicatat sejak pandemik itu melanda negara. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan mendadak itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 880,782. Selangor masih menjadi negeri paling tinggi mencatatkan jangkitan iaitu dengan 6,120 kes, […]

» Read more

COVID: 11,079 Kes Baharu, Tertinggi Pernah Dicatatkan

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Kes baharu harian COVID-19 mencatatkan 11,079 kes, yang tertinggi dicatatkan sejak Malaysia dilanda wabak itu. Sebelum ini, catatan tertinggi kes baharu harian COVID-19 yang direkodkan adalah 9,353 kes pada 10 Julai lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 5,263 kes […]

» Read more

Resort Kibar Bendera Putih, Luahan Kegagalan Kerajaan… Tukar Nakhoda Untuk Pulihkan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kekecewaan beliau apabila sebuah resort di Negeri Sembilan mengibarkan bendera putih sebagai solidariti kepada industri pelancongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jelas beliau, tindakan tersebut adalah sebagai lambang kekecewaan mereka terhadap kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membantu industri tersebut. “Gagal membantu industri itu […]

» Read more

Hentikan Permainan Politik, Rakyat Dan Negara Perlu Diselamatkan Segera – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa rakyat dan negara perlu diselamatkan segera. Kerana itu katanya, permainan politik perlu dihentikan secepat mungkin. “Rakyat sudah tidak tertanggung lagi. Negara sedang berdepan kegagalan maha dasyat. Kes harian jangkitan COVID-19 semalam telah pun mencecah hampir 10,000 kes, tetapi yang di puncak kuasa seolah-olah terus bermain […]

» Read more

324,745 Dos Suntikan Vaksin COVID-19 Diberi Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Sebanyak 324,745 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,075,493 dos. Menerusi hantaran di Twitter hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,971 adalah dos pertama manakala 110,774 adalah dos kedua. Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan […]

» Read more

Mukim Dan Lokaliti Di Selangor, KL Dikenakan PKPD 3 Hingga 16 Julai

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan di beberapa mukim dan lokaliti di Selangor dan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula Sabtu ini (3 Julai) hingga 16 Julai. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata mukim terlibat di Selangor ialah daerah Petaling (mukim Petaling, Damansara, Sungai Buloh dan Bukit Raja); Hulu […]

» Read more
1 140 141 142 143 144 175