Kukuhkan Solidariti Depani PRN, Calon Mewakili Suara Parti Bukan Individu – Dr Asyraf

TASEK GELUGOR, 23 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengajak seluruh ahli parti untuk mengukuhkan solidariti dan permuafakatan dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang. Beliau yang mengadakan pertemuaan dengan pimpinan UMNO bahagian seluruh Pulau Pinang berkata, perkara berkenaan cukup penting kerana ianya akan melicinkan segala usaha dan gerak kerja […]

» Read more

DUN Selangor Bubar Secara Rasmi Hari Ini

SHAH ALAM, 23 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan. Pembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lalu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ini bermakna DUN Selangor yang mempunyai 56 […]

» Read more

Agihan Kerusi PRN: Serahkan Kepada Kepimpinan Tertinggi Parti – Dr Asyraf

  KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pengagihan kerusi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), harus diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi parti. Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata semua pihak, harus akur dengan hasil kesepakatan dalam mesyuarat agihan kerusi yang lalu, yang telah dimuktamadkan. “Semua orang boleh minta, tapi akhirnya kita sepakat dalam […]

» Read more

DUN Kelantan Bubar Secara Rasmi Hari Ini

KOTA BHARU, 22 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mempunyai 45 kerusi hari ini secara rasmi dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Ia susulan pengumuman Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob pada sidang medianya Rabu lepas, bahawa pembubaran DUN itu mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan empat hari […]

» Read more

Jangan Terkeliru Dengan Mainan Persepsi Di Media Sosial – Mahdzir

KUBANG PASU, 21 Jun – Ahli UMNO di Kedah diingatkan agar tidak terkeliru dengan mainan persepsi pihak lawan di media sosial. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak lawan mencipta naratif songsang yang melampau menggunakan media sosial untuk mengeliru dan menghilangkan keyakinan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Saya nak ingatkan kepada semua bahawa apa […]

» Read more

Junjung Titah Sultan Kedah, Namun Bimbang Dijadikan Modal Politik Negatif – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 19 Jun – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mahu ruang diberikan kepada rakyat Kedah untuk menilai fakta sejarah daripada sudut yang neutral dan ilmu. Namun begitu, Shaiful Hazizy melahirkan kebimbangan kerana ianya akan dijadikan […]

» Read more

Sultan Selangor Perkenan DUN Dibubar Jumaat Ini

KLANG, 19 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan berkuat kuasa Jumaat ini (23 Jun) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini hari ini. […]

» Read more

Mereka Tahu Akan Kecundang Jika Tak Dapat Sokongan Orang Melayu – SUA

JOHOR BAHRU, 18 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyelar dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bahawa kedudukan Melayu dan Islam terancam di bawah Kerajaan Perpaduan. Jelas beliau, kenyataan tersebut dikeluarkan pihak yang mahu menarik sokongan orang Melayu terutama menghadapi pilihan raya. “Cakap-cakap seolah mengatakan bahawa kepentingan Islam, orang Melayu dan Bumiputera teracam hanyalah tohmahan. “…yang mereka […]

» Read more

PRN: PH-BN Boleh Sekat ‘Gelombang Hijau’ Jika Letak Calon Tepat

GEORGE TOWN, 16 Jun – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu menyekat kebangkitan gelombang hijau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya meletakkan calon yang tepat bertanding kelak. Veteran politik, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata, faktor calon merupakan penentu sama ada gabungan PH-BN akan menjadi pilihan pengundi pada PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan […]

» Read more

Melaka Laksana Kajian Menyeluruh Pelihara Adat Perpatih – Ab Rauf

MELAKA, 14 Jun – Kerajaan Negeri Melaka sedang melaksanakan kajian menyeluruh berkaitan adat perpatih bagi memastikan adat berkenaan dapat dipelihara agar ia dapat diwarisi pengamalnya, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Beliau berkata kajian berkenaan termasuk membuka semula Balai Adat Perpatih di Alor Gajah di sini yang akan menjadi pusat rujukan bagi pengamal adat perpatih dan generasi […]

» Read more
1 102 103 104 105 106 158