Hutan Lipur Dibaik Pulih, Bakal Bawa Lenggeng Sebagai Tarikan Pelancongan – Mohd Asna

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mohd Asna Amin meneruskan politik khidmat bakti beliau dengan membawa agenda pembangunan di kawasan yang sekaligus berupaya memberi manfaat kepada rakyat setempat.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa Hutan Lipur Lenggeng pada ketika ini sedang dinaik taraf.

Dijangka siap sepenuhnya pada bulan hadapan, Mohd Asna mengajak orang ramai untuk datang ke sini bagi merasai panorama alam semua jadi di samping melakukan aktiviti rekreasi bersama insan tersayang.

“Progres naik taraf berjalan lancar di Hutan Lipur Lenggeng. Bertahun dah tandasnya rosak gagal berfungsi, akibatnya kurang pengunjung dan tak meriah seperti dulu-dulu. Alhamdulilah, hari ni tandas baru sedang di naikkan, tebing jeram di baik pulih, surau pun di indahkan.

“… untuk yang suka berkhemah pula, kawasan berkhemah ditambah baik dari sebelumnya dan lebih luas, pokok- pokok ada yang di tebang supaya lebih luas, kemudahan air dan api disediakan. Insya-Allah, sebulan lagi boleh la kita serbu tempat ni dengan keluarga.

“Jom kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga jauh kita… kita angkat Lenggeng di bumi Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan yang bekerjasama dan memberikan khidmat terbaik sepanjang proeses naik taraf dilakukan.

Mohd Asna turut memaklumkan bahawa beliau akan melaksanakan pelbagai kemudahan aktiviti reakrasi bagi menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke sini.

“Nanti kita fikir sama-sama apa nak buat lagi di sini, boleh saya bawa ke Exco dan Kementerian Pelancongan, bukan semua tempat ada hutan lipurkan,” ujar beliau.

Sementara itu, beliau menerusi satu hantaran berbeza turut berkongsi pertemuannya bersama dengan para pelajar yang bakal menyambung pelajaran.

Mohd Asna memberikan sumbangan beliau kepada para pelajar dan berharap mereka menggunakan kesempatan ini untuk menjadi insan bermanfaat kepada agama dan bangsa.

“Bagi anak-anak yang akan menyambungkan pelajaran, tahniah dan syabas diucapkan. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.

“Sukacitanya, saya turut membantu memudahkan untuk mendapatkan bantuan pendidikan daripada Yayasan Negeri Sembilan kepada pelajar-pelajar di Negeri Sembilan khususnya di DUN Lenggeng yang akan melanjutkan pengajian mereka dalam program Diploma, Ijazah, dan Sijil.

“Semoga dengan bantuan pelajaran ini membawa sinar harapan dan peluang kepada generasi muda untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.