Nak PRN… Waspada Sesumpah Politik Muncul Kembali

PILIHAN Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bakal diadakan tidak lama lagi. Lantaran itu, tidak mustahil apabila ada pemimpin politik ‘mati hidup semula’ atau menjadi ‘sesumpah’ apabila PRN makin dekat. Sungguh… taktik dan modus operandi parti-parti politik yang mula menabur macam-macam kepada rakyat pernah berlaku sebagaimana sebelum Pilihan Raya Umum […]

» Read more

PRN: BN, PH Optimis Rampas Kedah Dan Terengganu – Mohamad

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan optimis gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) mampu merampas Terengganu serta Kedah daripada pembangkang. Timbalan Presiden UMNO itu berkata bagaimanapun, hasrat berkenaan perlu diikuti dengan satu gerak kerja yang betul dan strategi yang baik bagi merealisasikan kemenangan. “Sebagai ‘bukan pilihan’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, kita […]

» Read more

PRN: Agihan Kerusi BN Dan PH Diumum Dua, Tiga Hari Lagi – Tok Mat

GEORGE TOWN, 4 Julai – Jawatankuasa Majlis Presiden Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan keputusan agihan kerusi antara kedua-dua blok bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan yang bakal diumumkan itu adalah muktamad dan menasihati semua pihak supaya akur dengan keputusan berkenaan. “Apabila […]

» Read more

Pilih Pemimpin Bertanggungjawab, Salah Pilih Akan Hilang Tempat Mengadu Untuk Membantu – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 3 Julai – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihati orang ramai khususnya pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi untuk bijak menentukan wakil rakyat mereka demi masa hadapan. Ini kerana katanya, natijah daripada tersalah pilih akan memberi kesan yang sangat besar untuk suatu tempoh sepenggal iaitu lima tahun […]

» Read more

PRN: BN Tanding 45 Peratus Kerusi DUN, PH 55 Peratus – Ahmad Zahid

CHUKAI, 1 Julai – Barisan Nasional (BN) dijangka bertanding 45 peratus daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN), manakala selebihnya akan ditandingi oleh Pakatan Harapan (PH). Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat, berdasarkan kedudukan semasa kerusi yang dimenangi oleh BN dan PH, pada pilihan […]

» Read more

DUN Pulau Pinang Rasmi Bubar Hari Ini, Beri Laluan Kepada PRN

GEORGE TOWN, 28 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Pembubaran itu, lebih awal berbanding tempoh mandat lima tahun yang akan berakhir pada 2 Ogos ini, susulan pengumuman Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada sidang medianya semalam, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua […]

» Read more

DUN Kedah Secara Rasmi Bubar Hari Ini

ALOR SETAR, 28 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini selaras dengan perkenan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Ahad lepas. Pembubaran itu sekali gus menamatkan pentadbiran tiga tahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil alih kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH) pada 17 Mei 2020. Susulan pembubaran itu, […]

» Read more

Kenyataan Peribadi Pemimpin Parti Tidak Gambar Pendirian BN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kenyataan mana-mana pemimpin utama daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak menggambarkan pendirian rasmi gabungan itu terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam situasi genting terutamanya menjelang PRN di enam negeri, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti komponen yang bertenangan dengan […]

» Read more

Mohamad Hasan Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Letupan Bom Lempar

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan tengah hari tadi. “Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Leftenan Udara I Mohd Iqmal Masdi. “Gugurnya perajurit dalam latihan demi […]

» Read more
1 101 102 103 104 105 158