COVID-19: 1,340 Kes Baharu, Selangor Masih Catat Kes Harian Tertinggi

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Kes positif COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan empat digit dalam tempoh 24 jam lepas, apabila 1,340 kes baharu direkodkan hari ini dan Selangor kekal melaporkan kes baharu tertinggi dengan 441 kes. Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini melonjak kepada 93,309 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini sebanyak 15,563 kes. […]

» Read more

Jumlah Individu Ingkar Arahan PKP Meningkat

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Jumlah mereka yang ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu (19 Dis) meningkat lebih dua kali ganda berbanding hari sebelumnya, menunjukkan masih ramai yang mengambil mudah wabak COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 672 orang ditahan pada Sabtu, berbanding 249 orang yang ditahan pada Jumaat. Daripada 672 orang yang ditahan […]

» Read more

Cadangan PKPD Di Pusat Koreksional Jasin Diputuskan Isnin – Ismail Sabri

MELAKA, 19 Dis – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di satu-satu kawasan hanya akan dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) yang perlu terlebih dahulu membuat penilaian risiko di kawasan berkenaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata perkara sama akan dibuat berhubung cadangan kerajaan negeri Melaka untuk melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Jasin. […]

» Read more

Sultan Selangor, Sultan Perak Berkenan Ziarah Tun Rahah

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat tiba untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini hari ini. Sultan Sharafuddin yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, tiba di masjid berkenaan pada 9.15 pagi, sementara Sultan Nazrin tiba bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim pada 9.50 […]

» Read more

Pelan Rancangan Pulih Aliran Tunai Felda Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Pelan perancangan kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan hutang korporat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), merupakan antara isu yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Perdana Menteri. Khoo Poay Tiong […]

» Read more
1 240 241 242 243 244 269