Terjemahkan Semangat Konvensyen BN Selangor Pada PRU – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 1 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap semangat yang ditunjukkan pada Konvensyen BN negeri itu hari ini dapat diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Menurut beliau semangat dan hasrat untuk menawan semula negeri tersebut dan menjadikan harapan rakyat Selangor agar BN menerajui negeri itu tidak akan kesampaian sekiranya tidak […]

» Read more

Puteri BN Perlu Ada Pelan ‘Short Term’ Hadapi PRU-15 – Mohamad

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berharap Puteri BN yang bakal ditubuhkan secara rasmi kelak dapat memainkan peranan tersendiri untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Katanya, ini kerana situasi politik yang tidak menentu ketika ini memerlukan persiapan sebaiknya kerana PRU-15 dijangka diadakan pada bila-bila masa. Menurut beliau, Puteri BN perlu menyediakan […]

» Read more

Anak Muda Penentu Kejayaan Parti Pada PRU-15 – Zambry

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berpandangan golongan muda merupakan penentu kepada kejayaan parti dalam mengharungi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Katanya ini kerana sepanjang melihat persiapan BN di seluruh negara yang dilakukan ketika ini kajian menunjukkan bahawa 50 peratus pengundi adalah dalam kalangan orang muda. “Ada orang kata bahawa […]

» Read more

Program Pembangunan Belia Perlu Dilaksana Secara Lebih Berfokus – Sulaiman

MELAKA, 29 Julai – Program pembangunan belia di Melaka perlu dilaksanakan menerusi pendekatan baharu yang lebih berfokus dan bersasar, selari dengan perkembangan semasa supaya mampu memberi impak dan hasil yang optimum bagi mengangkat pembangunan belia di negeri itu. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ini kerana gerakan belia di negeri itu tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai […]

» Read more

Larangan Tukar Parti Lulus, Isyarat Ahli Parlimen Amalkan Politik Matang – PM

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini adalah isyarat jelas bahawa Ahli Parlimen mengamalkan politik matang. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata politik matang itu berteraskan semangat Keluarga Malaysia dengan meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dalam apa juga perancangan dan pelaksanaan. […]

» Read more

Malaysia Lakar Sejarah, Undang-Undang Larang Lompat Parti Dilulus Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah ‘lompat parti’ mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan, sekali gus melakar sejarah yang mengubah landskap politik tanah air. Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu memperoleh masing-masing sokongan 209 daripada 220 Ahli Parlimen selepas dua kali […]

» Read more

Jadikan Mainan Politik Persepsi PRU Lalu Sebagai Pengajaran Bermakna – Norliza

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Rakyat khususnya pengundi di negara ini diingatkan agar tidak mudah terjebak dengan mainan politik persepsi sepertimana pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu apabila pelbagai perkara tidak masuk akal  bertebaran dalam usaha menjatuhkan musuh politik. Bagi Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim pada waktu berkenaan UMNO/Barisan Nasional (BN) menjadi tumpuan dengan mainan persepsi yang […]

» Read more
1 202 203 204 205 206 303