Anak Muda Penentu Kejayaan Parti Pada PRU-15 – Zambry

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berpandangan golongan muda merupakan penentu kepada kejayaan parti dalam mengharungi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya ini kerana sepanjang melihat persiapan BN di seluruh negara yang dilakukan ketika ini kajian menunjukkan bahawa 50 peratus pengundi adalah dalam kalangan orang muda.

“Ada orang kata bahawa kalau ingin lihat kejayaan dalam pilihan raya akan (PRU) datang kita kena lihat golongan muda kerana merekalah yang akan jadi penentu kejayaan dalam PRU akan datang.

“Atas arahan Pengerusi BN kami sekarang turun ke negeri-negeri untuk lihat tahap persiapan BN bagi menghadapi PRU-15 suka cita dimaklumkan bahawa BN bersiap sedia untuk menghadapinya.

“Paling menarik dalam kajian bilangan pengundi baharu daripada 18 ke 40 tahun adalah seramai hampir 50 peratus berusia 18 hingga 40 tahun termasuk Puteri-puteri yang berada di hadapan kita,” katanya.

Zambry berkata demikian pada Konvensyen Puteri BN yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Turut hadir adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan, Ketua Puteri MIC, Shaliny Rajaram; Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen, Ketua Puteri KIMMA, Rohaini Syed Ibrahim serta barisan kepimpinan lain.

Sementara itu, Zambry yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut berkata bahawa keadaan ini memberikan mesej yang jelas bahawa sayap-sayap terutama anak muda memainkan peranan penting buat parti.

“Sebab itu Pengerusi BN arahkan kami untuk lihat potensi daripada anak-anak muda termasuk Puteri-puteri ini dibuktikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor begitu ramai anak muda diberikan tempat untuk bertanding jadi Puteri pun akan ditonjolkan sebagai calon-calonnya.

“Ini hasrat yang ditekankan beberapa kali oleh Pengerusi ‘this your time’ beliau selalu sebutkan bahawa kita kena turun dan kenal pasti calon muda untuk berhadapan generasi baharu internet ‘age leader’.

“Sudah sampai dalam kalangan Puteri-puteri dapat berkumpul UMNO,MIC, MCA, KIMMA dan Friends of BN dapat bersatu hati bawa obor perjuangan bagi hadapi PRU-15,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.