PKPB Di Empat Negeri Tamat Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan esok, ekoran penilaian risiko jangkitan COVID-19 yang berkurangan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sebagaimana yang diumumkan sebelum ini mengenai penamatan PKPB di kebanyakan negeri, keputusan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan kepada trend […]

» Read more

‘Pak Long’ Mahu Yang Terbaik Untuk Semua… Dengar Suara Rakyat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 20 Nov – “Sebagai Menteri Kanan Keselamatan, saya dilantik menjadi jurucakap kerajaan mengenai perkara-perkara bukan berkaitan dengan kesihatan manakala Pengarah Kesihatan Tan Sri Hisham bercakap mengenai kesihatan. Itulah tujuan sidang media harian bagi memaklumkan perkembangan berkaitan COVID-19 kepada rakyat,” ujar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jelas beliau yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, setiap keputusan pula adalah berdasarkan […]

» Read more

Dewan Rakyat: COVID-19 Tumpuan Perbahasan Ahli Parlimen Pada Minggu Ketiga

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Pandemik COVID-19 yang masih melanda negara mengubah tema dan tumpuan Ahli Parlimen dalam mengutarakan pandangan masing-masing ketika menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2021 pada sepanjang minggu ketiga. Simpati dan empati terhadap kebajikan dan kepentingan rakyat dalam mengharungi pendemik itu disentuh hampir dalam setiap topik perbahasan Ahli Parlimen sama ada aspek keselamatan negara, peluang pekerjaan, pendidikan, kos […]

» Read more

Bajet Pahang Bukti Kerajaan Cakna, Prihatin Soal Masa Depan – Fadzli

KUANTAN, 19 Nov – Pemuda Barisan Nasional (BN) Pahang mengalu-alukan pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2021 oleh YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, baru-baru ini. Pengarah Komunikasi Strategik Pemuda BN Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, belanjawan ini dirangka kemas dengan mengambil kira keperluan semua lapisan rakyat termasuk golongan muda yang menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang cukup cakna […]

» Read more

Ingkar PKP: Tidak Pakai Pelitup Muka Rekod Kesalahan Tertinggi

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Seramai 108 individu dikenakan tindakan kerana tidak memakai pelitup muka sekali gus mencatat jenis kesalahan tertinggi direkodkan berkaitan kesalahan mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu sebahagian daripada keseluruhan 289 individu yang dikenakan tindakan semalam, dengan 277 daripada mereka dikenakan kompaun diikuti 11 direman dan […]

» Read more

Sokong Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Kesejahteraan Rakyat – Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat dasar yang berakhir hari ini menyaksikan pemimpin blok kerajaan menyeru sokongan daripada semua pihak demi kelangsungan kesejahteraan rakyat. Seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu sejak 9 Nov lepas selepas pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 Nov. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) menarik perhatian dewan […]

» Read more

Permohonan GKP 2.0 Lebih 512,000, Atasi Sasaran Awal – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Lebih 512,000 permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) diterima daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro, sekali gus mengatasi sasaran awal sebanyak 200,000, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Menurutnya, permohonan GKP 2.0 yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), telah dibuka pada 1-31 Okt 2020 lepas. Beliau berkata, […]

» Read more

Lim Kit Siang, Dap Dan Fitnah… Berpisah Tiada, Bidas Dr Puad

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tegas dengan pendiriannya bahawa penubuhan balik JASA wajar dan jangan apologatik manakala peruntukan 2021 sebanyak RM85.5 juta mesti dibahas semula kewajarannya. Pokoknya bidas Dr Puad, Lim Kit Siang dan Dap bermain politik dengan fitnah bagi menjawab kenyataan media Penasihat Dap itu yang […]

» Read more

Pahang Bentang Belanjawan Lebihan Kali Ke-18

KUANTAN, 16 Nov – Kerajaan negeri Pahang hari ini membentangkan Belanjawan 2021 bertemakan ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama’ dengan lebihan RM5.332 juta, iaitu belanjawan lebihan ke-18 negeri sejak 1992. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata belanjawan itu menyediakan peruntukan RM795.466 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM201.915 juta bagi perbelanjaan pembangunan, manakala kutipan hasil negeri dianggarkan sebanyak RM800.798 juta. […]

» Read more

Tuntutan Syarat Lulus Belanjawan 2021 Hangatkan Minggu Kedua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Minggu kedua persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 adalah minggu bermulanya perbahasan Belanjawan 2021 yang menyaksikan beberapa tuntutan dibuat blok penyokong kerajaan dan pembangkang sebagai syarat belanjawan itu disokong dan diluluskan. Perbahasan yang dimulai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada Isnin menegaskan Belanjawan 2021 hanya akan disokong jika ia benar-benar belanjawan […]

» Read more
1 214 215 216 217 218 284