Atas Kegagalan Kerajaan PH, Tahun 2020 Akan Lebih Mencabar Buat Rakyat – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Tahun 2020 akan menjadi tempoh masa yang mencabar dan sukar buat rakyat Malaysia kerana kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan isu dan masalah yang timbul sejak memerintah negara, ujar Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris. Bidasnya, kerajaan PH juga telah membuang masa setahun memerintah negara dengan tiada apa-apa pembaharuan dan polisi […]

» Read more

Lima Peratus Bakal Dikurangkan: Malangnya Nasib Penjawat Awam Di Bawah Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dahulu sentiasa menjaga kepentingan penjawat awam tetapi kini kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) bakal menyebabkan penjawat awam kehilangan punca rezeki. Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inilah harga yang harus dibayar apabila rakyat terlalu mahukan perubahan dan tertipu dengan janji manis PH. “Akhirnya kerajaan PH ‘U-turn’ […]

» Read more

Video Semburit: PDRM Dan Anwar Perlu Bersuara Terhadap Dakwaan Zuraida

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberi penjelasan terhadap dakwaan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin kononnya PDRM telah memberi pengesahan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa video semburit yang didakwa melibatkan Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah benar. Jelas beliau, […]

» Read more

PAU 2019 Bakal Terjemah Isu Rakyat, Kegagalan Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Isu rakyat bakal diterjemah dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 berikutan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) walaupun dulu Barisan Nasional (BN) sering digelar sebagai ‘Barang Naik’ tetapi kini apabila pembangkang menjadi kerajaan, ternyata mereka gagal dan tidak dapat membendung hal tersebut, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Jelas beliau, lebih memburukkan keadaan […]

» Read more

Empat Program Modal Insan NCER Bakal Lonjakkan Pembangunan Perlis

KANGAR, 29 Nov – Rakyat Perlis bakal menerima lonjakan pembangunan melalui empat program modal insan yang memberi fokus kepada aktiviti ekonomi baharu serta menggalakkan pelaburan dalam industri teknologi tinggi agar negeri ini mencapai sasaran ekonomi RM7 bilion menjelang 2025. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata ini bertujuan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan peluang keusahawanan dan menaikkan pendapatan […]

» Read more

Pahang Lulus Hutan Simpan Kekal Sungai Yu Seluas 127.893 Hektar

KUANTAN, 28 Nov – Kerajaan Pahang meluluskan kawasan seluas kira-kira 127.893 hektar di Sungai Yu, Mukim Batu Yon di Lipis sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK). Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata langkah itu yang diputuskan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri adalah sebagai usaha melindungi hidupan liar termasuk harimau Malaya yang semakin terancam. Beliau berkata kewujudan HSK Sungai […]

» Read more

Abu Mayat Mendiang Chin Peng : Kerajaan Dituntut Beri Penjelasan – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti membuat penjelasan kedudukan sebenar siapa, bila dan bagaimana abu mayat mendiang Chin Peng boleh dibawa pulang ke Malaysia. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata penjelasan itu penting untuk direkod dan bagi pengetahuan rakyat setelah difahamkan abu mayat mendiang Chin Peng […]

» Read more

KDN Pun Tak Tahu… Siapa Benarkan Abu Mayat Komunis Chin Peng Dibawa Balik?

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Siapa benarkan abu mayat komunis Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia? Itu persoalan yang dilontarkan Pemerhati Politik Azizi Safar. Menurut beliau, pentadbiran kerajaan terdahulu tidak membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (KPM), Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kerana sewaktu zaman komunis, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah menyebabkan ramai […]

» Read more

Kereta Terbang Atau Drone… Menteri Terus Diasak Gamatkan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Isu mengenai kereta terbang terus menjadi persoalan dan terus dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pembangkang hari ini dengan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof terus diasak mengenai perkara berkenaan. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mententeramkan suasana dalam Dewan setelah tercetus perdebatan antara menteri terbabit dengan beberapa ahli parlimen pembangkang yang […]

» Read more

Belakangkan Keputusan Parti: Parti Setuju Jawatankuasa Disiplin Siasat – Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti mengambil maklum terdapat aduan ahli kepada Jawatankuasa Disiplin (JKD) mengenai pertemuan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang menjadi viral dan polemik. Ini kerana katanya, ramai yang tidak senang hati […]

» Read more
1 213 214 215 216 217 246