PKPD Di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud Sabah Mulai Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah mulai esok sehingga 18 Jan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu bertujuan memudahkan tindakan kawalan dan pencegahan lapangan dijalankan, serta menyekat penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti setempat. “Sidang khas hari ini mendengar pembentangan Kementerian […]

» Read more

MKN Luluskan Pelajar IPT Ke Kampus Seawal 1 Mac 2021 – Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 23 Dis lepas telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membenarkan pelajar tempatan institusi pendidikan tinggi (IPT) kembali ke kampus masing-masing secara berfasa seawal 1 Mac 2021. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata bagi pelajar dari zon merah, kemasukan adalah 10 hari lebih awal […]

» Read more

Isu Kartel Daging Haram: Lagi Pihak Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas, Drastik

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mendesak agar tindakan drastik dan tegas diambil dalam kadar segera bersesuaian dengan enam saranan yang telah dibentangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO sebelum ini berhubung isu kartel daging haram. Kata Ketuanya, Mohd Ariff Abdul Majid, sesemua pihak yang terlibat umpama pengkhianat negara kerana sanggup membelakangi agama demi kepntingan peribadi. “Tindakan terhadap […]

» Read more

Saarani Umum Portfolio Exco Perak

IPOH, 23 Dis – Datuk Saarani Mohamad yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu pada 10 Dis lepas, hari ini mengumumkan portfolio kesemua 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik baru-baru ini. Katanya beliau yakin setiap Exco berkenaan berkemampuan memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka membela nasib rakyat. “Ini adalah tim baharu, jadi tidak timbul […]

» Read more

Vaksin COVID-19: Kerajaan Biaya RM77.35 Bagi Setiap Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kerajaan membiayai RM77.35 bagi setiap rakyat berhubung pemberian vaksin COVID-19. Dalam satu kenyataan hari ini, Khairy yang juga Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memberi respon demikian setelah tular beberapa hari ini di media sosial berkaitan perbandingan harga yang salah bagi vaksin antara […]

» Read more

Sidang Dewan Rakyat Penuh ‘ Aksi’ Labuh Tirai

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 melabuhkan tirainya semalam, dengan minggu terakhir menyaksikan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan Dewan Rakyat, meskipun berdepan pelbagai halangan. Belanjawan terbesar dalam sejarah negara membabitkan peruntukan mencecah RM322.5 bilion itu, dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lalu, sebelum dibahaskan 82 Ahli […]

» Read more

5 RUU Dibawa Ke Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Bacaan kali kedua dan ketiga bagi lima Rang Undang-Undang (RUU) dalam senarai aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan dan akan dibawa ke persidangan akan datang. Mengemukakan usul itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata RUU tersebut adalah Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020; Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan […]

» Read more

Vaksin Pfizer Berkesan 95 Peratus – MOSTI

KUALA LUMPUR,17 Dis – Pemilihan vaksin COVID-19 keluaran syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer adalah berdasarkan laporan interim ujian klinikal yang menunjukkan keberkesanan vaksin adalah 95 peratus dalam mencegah jangkitan wabak itu, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata laporan itu telah diterbitkan di The New England Journal of Medicine pada 10 Dis lalu, malah […]

» Read more

Ahli Parlimen Jalani Kuarantin Perlu Pakai PPE Ke Dewan Rakyat – Speaker

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) boleh hadir ke persidangan Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE). Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata Ahli Parlimen berkenaan akan dibawa menaiki ambulans dan sejurus tiba di Parlimen akan ditempatkan di […]

» Read more

Pelan Rancangan Pulih Aliran Tunai Felda Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Pelan perancangan kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan hutang korporat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), merupakan antara isu yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Perdana Menteri. Khoo Poay Tiong […]

» Read more
1 211 212 213 214 215 284