Vaksin COVID-19: Kerajaan Biaya RM77.35 Bagi Setiap Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kerajaan membiayai RM77.35 bagi setiap rakyat berhubung pemberian vaksin COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairy yang juga Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memberi respon demikian setelah tular beberapa hari ini di media sosial berkaitan perbandingan harga yang salah bagi vaksin antara Malaysia dan Belgium.

Katanya, susulan pengumuman terbaharu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Rembau itu menjelaskan perbandingan harga sebenar seperti berikut:

Belgium
Jumlah tempahan vaksin = 33.5 juta
Dos diperlukan = 2 dos / seorang
Liputan = 33.5 juta / 2= 16.75 juta orang
Harga dibayar untuk 33.5 juta dos = RM1.38 bilion
Harga seorang = RM1.38 bilion / 16.75 juta =RM82.4

Malaysia
Harga dibayar untuk 26.5 juta orang = 2.05 bilion
Harga seorang = 2.05 bilion / 26.5 juta = RM77.35UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.