Garis Panduan Pendatang Tanpa Izin, Pelarian Terima Suntikan Vaksin Diluluskan CITF

PUTRAJAYA, 25 Julai – Garis panduan untuk pendatang tanpa izin dan pelarian mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 telah diluluskan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, garis panduan yang diluluskan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) itu, akan membolehkan pendatang tanpa izin dan pelarian, hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) ditetapkan untuk divaksinasi, dengan butiran mengenainya […]

» Read more

Parlimen Bukan Sekadar Sesi Penerangan, Bahas Usul Sama Ada Lulus Atau Tidak!

1. Parlimen yang akan bermula esok sehingga 2 Ogos mesti membenarkan Ahli-Ahli Parlimen untuk membahaskan dan menentukan kelulusan sekurang-kurangnya dua usul besar iaitu Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya dan Pelan Pemulihan Negara beserta Pakej-Pakej Bantuan Rakyat. A. Kenapa Ordinan Darurat Wajar Dibahas dan Ditolak? Darurat bukan sahaja gagal dan lebih memudaratkan bahkan rakyat diperlaku zalim dengan kompaun melampau hingga RM10,000 dan […]

» Read more

15,902 Kes Baharu COVID-19 : Apakah 54 Hari ‘Total Lockdown’ Gagal?

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Pemuda UMNO Malaysia hari ini menimbulkan persoalan berkaitan jumlah jangkitan harian kes COVID-19 yang mencatatkan angka 15, 902 sekaligus mengundang persoalan apa sudah jadi dengan 54 hari ‘Total Lockdown’. Menerusi Facebooknya, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan ramai mengeluh dengan angka sedemikian rupa malah ada juga suara sumbang yang menyalahkan rakyat tidak […]

» Read more

Pelbagai Perkara Akan Dibawa Ke Parlimen Minggu Depan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini berkongsi aturan Mesyuarat Khas Parlimen yang akan diadakan pada minggu depan. Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berpandangan perkara-perkara yang akan dibentangkan perlu diluluskan di Parlimen. “Sefaham saya menurut Perkara 150 (3) Perlembagaan, ordinan-ordinan Darurat perlu dibentang, dibahas serta diluluskan di Parlimen. […]

» Read more

PKPD Di Beberapa Lokaliti Di Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur Mulai Ahad Ini – TPM

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lagi lokaliti di Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur bermula Ahad ini hingga 7 Ogos, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan itu diambil setelah sidang khas Majlis Keselamatan Negara meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan dan mengambil kira penilaian risiko serta trend […]

» Read more

Insiden Suntikan Picagari Kosong Perlu Disiasat Demi Kewibawaan Sistem Kesihatan Negara – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mencadangkan agar kerajaan dengan segera mempertimbangkan suatu inkuiri awam yang bebas untuk menyiasat insiden suntikan picagari kosong. Katanya, ini kerana rakyat berhak mengetahui kedudukan yang sebenar dan kewibawaan sistem kesihatan negara mesti segera dipulihkan. “Insiden suntikan picagari kosong dan penyelewengan vaksin telah menjejaskan kredibiliti sistem vaksinasi nasional. […]

» Read more

PEMENANG Gesa Kerajaan Bincang Dengan NGO Islam Mengenai Isu TH

PULAU PINANG, 22 Julai – Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) hari ini menggesa Kementerian Kewangan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwan Agama menganjurkan perbincangan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO-NGO) yang berteraskan Islam dan Melayu mengenai cadangan meletakan Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM). Presiden PEMENANG Tan Sri Mohd Yussuf Latiff berkata, menerusi perbincangan […]

» Read more

14 Juta Dos Vaksin Sinovac Akan Dijual Kepada Syarikat Swasta, Negeri, Mulai Bulan Ini

SHAH ALAM, 21 Julai – Sebanyak 14 juta dos vaksin Sinovac akan dijual Pharmaniaga Bhd kepada syarikat swasta dan negeri yang berminat mulai bulan ini sehingga September, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata penjualan vaksin secara terus kepada pihak yang berminat itu telah mendapat kebenaran Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan diyakini […]

» Read more

Tiga Lokaliti Di Pahang Dan Satu Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai Jumaat Ini – TPM

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan ke atas tiga lokaliti di Pahang dan satu di Sabah selama dua minggu bermula Jumaat ini, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata di Pahang ia melibatkan Felda Jengka 12, Jerantut; Kampung Belangkap, Rompin; dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub, manakala di […]

» Read more

JKJAV Digesa Segera Hantar Bekalan Ke Sabah Bagi Kelancaran Vaksinasi

KOTA KINABALU, 21 Julai – Kerajaan pusat khususnya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) diminta supaya menyegerakan penghantaran vaksin ke Sabah bagi memastikan pemberian vaksin di negeri ini berjalan lancar. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin  berkata, berdasarkan data JKJAV, penerima vaksin bagi dos pertama dan kedua di negeri ini amat rendah berbanding negeri-negeri lain dan […]

» Read more
1 196 197 198 199 200 284