15,902 Kes Baharu COVID-19 : Apakah 54 Hari ‘Total Lockdown’ Gagal?

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Pemuda UMNO Malaysia hari ini menimbulkan persoalan berkaitan jumlah jangkitan harian kes COVID-19 yang mencatatkan angka 15, 902 sekaligus mengundang persoalan apa sudah jadi dengan 54 hari ‘Total Lockdown’.

Menerusi Facebooknya, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan ramai mengeluh dengan angka sedemikian rupa malah ada juga suara sumbang yang menyalahkan rakyat tidak berdisiplin, namun benarkah begitu.

“Hakikatnya, rakyat lebih awal desak supaya buat ‘Total Lockdown’ betul-betul. Malah Pemuda UMNO antara yang lantang bersuara mencadangkan buat ‘Total Lockdown’ 14-21 hari sebagaimana PKP 1.0 dulu dengan menyediakan juga bantuan khas kepada rakyat yang terpaksa berkurung. Malah kita guna hashtag #BiarSusahSekaliBukanBerkalikali,” katanya.

Namun, katanya lagi apabila Menteri Kanan Keselamatan waktu itu setuju tutup semua kilang ‘pintu depan’, Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri MITI pula buka ‘pintu belakang’ bahkan dengan bangga mengumumkan pembukaan kilang-kilang hingga mencecah 128,150 syarikat hanya tiga hari selepas Perdana Menteri akur dengan tuntutan rakyat apabila mengisytiharkan ‘Total Lockdown’ pada 1 Jun 2021 dan itu pun selepas angka kes baharu COVID-19 mencecah 8,290.

Asyraf seterusnya berkata negara lain buat ‘Total Lockdown’ berjaya turunkan kes, namun kita pula bagaimana.

“Kalau memang niat dari awal nak buka kilang-kilang seperti biasa tak perlulah guna istilah ‘Total Lockdown’. Kalau ikut pengalaman negara-negara lain, kepimpinan yang gagal menangani pandemik seperti ini wajar letak jawatan, Anda setuju?,” tambahnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.