Ingatlah Fitnah Runtuhkan BN… Tolak Fitnah, Janji Kosong Demi Kedaulatan Negara – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak orang ramai untuk menolak fitnah dan janji-janji kosong demi kedaulatan negara dan masa hadapan rakyat keseluruhan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata demikian selepas namanya disebut dalam sebuah video pendek mempersoalkan berkaitan ahli politik yang terbabit dengan jenayah berat atau penggubahan wang haram dan mencuri […]

» Read more

Kerajaan Mesti Segera Tangani Isu Peningkatan Harga Barangan Asas

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Kerajaan mesti segera menangani isu peningkatan harga barangan keperluan asas dan harga makanan dengan segera, ujar Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, pemantauan harga mesti dilaksanakan dengan agresif. “Jangan biarkan apa jua bentuk memanipulasi harga pasaran berlaku. “Perkasakan sistem maklumat pasaran untuk makanan dan bangunkan kesedaran pengguna […]

» Read more

Sebelum Ini PH Lantang ‘Pulangkan Mandat Rakyat’… Hari Ini Lain Pula Nadanya?

KUALA LUMPUR, 25 Nov – “Bukan ke beliau dan kawan-kawan pimpinan dalam Pakatan Harapan (PH) juga yang beria-ia menjerit “pulangkan mandat rakyat”, “kembalikan mandat rakyat” minta bubar dan diadakan pilihan raya umum (PRU).” Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor Mohd Hairi Md Shah yang terhibur dengan penulisan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir yang mendakwa UMNO mendesak untuk diadakan […]

» Read more

Sarawak Mengundi Pada 18 Dis, Penamaan Calon 6 Dis

KUCHING, 24 Nov – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini turut mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis. Pengumuman itu dibuat beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR […]

» Read more

Nasib Banduan Tamat Hukuman Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Persoalan mengenai jumlah banduan yang keluar penjara selepas tamat hukuman dari 2011 hingga 2021 dijangka ditanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu diajukan Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) kepada Menteri Dalam Negeri yang ingin tahu usaha kerajaan dalam memastikan bekas banduan itu diterima oleh keluarga dan […]

» Read more

Keputusan PRN Melaka Signal Baharu Rakyat, Kembali Yakin Pada BN – Ahmad Zahid

HANG TUAH JAYA, 20 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi Melaka atas kepercayaan yang diberikan kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Katanya, keputusan ini juga merupakan signal baharu daripada rakyat malah ianya juga akan diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. “Syukur Alhamdulillah kemenangan […]

» Read more

Pusat Pengundian Dibuka Bermula 8 Pagi

MELAKA, 20 Nov – Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu. Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada […]

» Read more

Hari Penentuan PRN Melaka: 476,037 Pengundi Bakal Tunai Tanggungjawab

MELAKA, 20 Nov – Hari ini, dalam tempoh tiga tahun setengah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rakyat Melaka sekali lagi akan keluar mengundi bagi memilih kerajaan bagi mentadbir negeri itu. Mengikut data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini seramai 476,037 orang pengundi biasa bakal mengundi bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang […]

» Read more

Tolak Sebarang Kempen Kotor, Pengalaman PRU-14 Jadikan Ingatan

TANGGA BATU, 19 Nov – Tinggal beberapa jam tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berharap kempen secara sihat terus berjalan dengan baik bagi memberi ruang kepada para pengundi membuat pilihan yang tepat. Menurut beliau jika kempen tersebut dicemari dengan pelbagai taktik kotor sepertimana pada pilihan raya […]

» Read more

Melaka Pasti Dikemudi BN, Reaksi Pengundi Amat Positif – Siti Faizah

JASIN, 18 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis optimis pengundi akan memilih BN untuk mengemudi negeri ini. Katanya ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan beliau sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung meskipun dilakukan secara norma baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Setakat ini […]

» Read more
1 178 179 180 181 182 285