Sebelum Ini PH Lantang ‘Pulangkan Mandat Rakyat’… Hari Ini Lain Pula Nadanya?

KUALA LUMPUR, 25 Nov – “Bukan ke beliau dan kawan-kawan pimpinan dalam Pakatan Harapan (PH) juga yang beria-ia menjerit “pulangkan mandat rakyat”, “kembalikan mandat rakyat” minta bubar dan diadakan pilihan raya umum (PRU).”

Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor Mohd Hairi Md Shah yang terhibur dengan penulisan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir yang mendakwa UMNO mendesak untuk diadakan PRU serta menggunakannya sebagai muslihat terakhir merebut lebih banyak kuasa.

“Hari ni lain pula nadanya… Kenapa Yang Berhormat (YB)? Tidak bersedia ke nak berdepan PRU? Kawasan di Johor Bahru belum abis pusing lagi ke nak raih sokongan?

Ni nak tanya sikit la, manifesto sebelum jadi Ahli Parlimen Johor Bahru dah terlaksana ke semuanya di Johor Bahru? 22 bulan jadi kerajaan apa yang YB dah buat di Johor Bahru? Kalau ada jawab soalan ini dan nyatakan. Kami menantikan jawapan daripada YB,” tegas Hairi dalam satu hantaran di Facebook.

Bidasnya lagi, rakyat di Johor Bahru dan seluruh negara sudah maklum PH hanya menakut-nakutkan rakyat atau menabur fitnah kepada pemimpin kerajaan.

“Memang kerja pembangkang dari azali lagi. Rakyat Malaysia khasnya di Johor Bahru, sudah dapat menilai yang mana permata dan yang mana penipu.

“Pilihan Raya Negeri Melaka menunjukkan referendum rakyat menolak PKR yang ‘tersungkur’ semua kerusi mereka bertanding. Tidak mustahil di Johor Bahru akan terkena tempias sama.

“Rakyat Johor Bahru masih tercari-cari di manakah Ahli Parlimen mereka dan peruntukan diberikan kerajaan disalurkan di mana? Bentangkan penyata atau ‘report card’ YB. Rakyat nak menilai untuk PRU15 nanti. Atau dah ada kerusi lain nak ‘terbang’?,” soalnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.