TCA Dijangka Jadi Kuartet Dengan Penyertaan Brunei – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) Malaysia, Indonesia dan Filipina akan dihidupkan semula sebagai Perjanjian Kerjasama Kuartet empat negara, yang turut melibatkan negara Brunei, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata penyertaan Brunei telah dibincangkan oleh beliau dan rakan sejawatnya dari Brunei Pehin Awang Halbi Mohd Yussof semasa mesyuarat dua hala, yang diadakan […]

» Baca lanjut

Solat Berjemaah: Pahang Benar Rapat Sejadah Tanpa Sentuhan Fizikal

KUANTAN, 31 Mac – Pahang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau secara merapatkan sejadah tanpa berlaku sentuhan fizikal, dengan kehadiran terbuka kepada semua sama ada divaksin atau belum, berkuatkuasa Jumaat ini (1 April). Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi memaklumkan, sejadah tersebut hendaklah dibawa sendiri oleh setiap jemaah, dengan saiz […]

» Baca lanjut

DSA: Kementah Tandatangani 51 Dokumen Dengan Nilai RM4.6 Billion – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Kementerian Pertahanan (Kementah) menandatangani 51 dokumen dengan nilai RM4.6 bilion dan tiga Memorandum Persefahaman (MoU) sepanjang pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 yang berlangsung selama empat hari. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata majlis menandatangani dokumen itu melibatkan dokumen kontrak, memorandum persefahaman (MoU), penyerahan surat […]

» Baca lanjut

Pensyarah Juga Pendidik/Murabbi, Bukan Sekadar Sampaikan Ilmu Bahkan Tanamkan Adab – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Seorang pensyarah juga adalah seorang pendidik atau disebut dengan istilah murabbi, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. “Kenapa Islam menggunakan istilah murabbi? Ini kerana seorang murabbi bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi turut mencanai dan menanam adab ke dalam diri anak muridnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. Justeru jelas Dr […]

» Baca lanjut

Pengeluaran KWSP Boleh Dibuat Menerusi Portal Bermula 1 April

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dibuat menerusi portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my, yang juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April ini. KWSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran tersebut akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 hingga 30 April ini, manakala pembayaran akan dibuat […]

» Baca lanjut

Gunakan Sebaiknya Pengeluaran One-Off KWSP – Asyraf  

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap pengeluaran khas RM10,000 secara One Off dapat digunakan sebaiknya oleh pencarum yang akan mengeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Menurut beliau informasi ringkas berkaitan perkara berkenaan yang baru sahaja dimuatnaik menerusi laman sesawang KWSP dilihat cukup mudah dan ketiadaan syarat-syarat yang menyukarkan. “KWSP […]

» Baca lanjut

PM Tiba Di Qatar Untuk Lawatan Rasmi Tiga Hari

DOHA, 27 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar. Pesawat yang membawa Perdana Menteri selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada 3 petang (waktu tempatan). Ketibaan beliau di Terminal Diraja disambut oleh Menteri Pengiring iaitu Menteri Perbandaran Qatar Dr Abdullah bin Abdulaziz bin Turki Al-Subaie, […]

» Baca lanjut

Exco Baharu Mahu Fokus Kemakmuran, Kepentingan Rakyat Johor

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu akan terus fokus kepada kemakmuran bagi memastikan ekonomi dan kepentingan rakyat negeri ini sentiasa terpelihara. Mereka berikrar akan melakukan yang terbaik demi negeri selain melahirkan ucapan penghargaan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kepercayaan untuk menggalas […]

» Baca lanjut

Cuba Bersangka Baik… Tapi PH Ibarat Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi – Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) diibaratkan seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Katanya ini kerana mereka bertindak dengan memungkiri perjanjian menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai sebelum ini. “Umpama harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan sokongan PH, sokong membawa rebah… itulah berlaku di Dewan Rakyat […]

» Baca lanjut

Skim Insurans Keluarga Malaysia Bakal Manfaatkan 268,000 Keluarga Miskin

KANGAR, 25 Mac – Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Skim Insurans Keluarga Malaysia bagi memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin dan miskin tegar yang melibatkan 268,000 keluarga. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di bawah skim ini Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih diberi perlindungan insurans dengan premium sebanyak RM50 setahun dan melibatkan kos sebanyak RM13.4 juta. […]

» Baca lanjut
1 160 161 162 163 164 279