Untuk Kesejahteraan Pahang

KUANTAN 28 MEI — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan pertemuan bersama Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay,  seorang pemimpin kanan polis yang cukup dikenali kerana ketegasan dan kesungguhan beliau menentang penjenayah di negara ini. Dalam pertemuan ini,  perbincangan mengenai beberapa perkara termasuk kerjasama antara Kerajaan Negeri Pahang dan Polis Diraja Malaysia untuk memerangi penyeludupan dan pengedaran dadah serta program khas untuk bekas penagih dadah di negeri ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.