Pembentangan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Manifestasi Politik Lebih Sihat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 April – Pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Dewan Rakyat bagi membolehkan Akta Anti Lompat Parti digubal adalah satu manifestasi ke arah politik yang lebih sihat dan berpaksikan kepentingan rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob justeru menzahirkan rasa puas hati dengan penyatuan Ahli-Ahli Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat semalam. “Malaysia ke […]

» Baca lanjut

Percepat Akta Lompat Parti, Ke Arah Penambahbaikan Sistem Demokrasi Negara

TUJUAN Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, pindaan dalam perkara 10 adalah untuk mewujudkan peruntukan yang membolehkan (enabling provision) sebagai PUNCA KUASA bagi RUU Anti Lompat Parti agar dapat dibentang secepat mungkin di Dewan yang mulia ini. Pembuat dasar utama bagi parti saya UMNO iaitu Perhimpunan Agung UMNO pada 19 Mac 2022 telah dengan sebulat suara meluluskan usul yang berbunyi […]

» Baca lanjut

Perbadanan M-WEZ Mula Operasi Jumaat Ini

MELAKA, 11 April – Kerajaan negeri Melaka menubuhkan Perbadanan Zon Pembangunan Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) yang akan memulakan operasi di Seri Negeri di sini pada Jumaat ini, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Beliau berkata perbadanan itu akan bertindak sebagai sebuah badan khas yang mengawal dan menyelaras segala bentuk pembangunan serta mempromosikan kawasan M-WEZ dalam usaha menarik […]

» Baca lanjut

RUU Anti Lompat Parti Langkah Pertama Kembalikan Transformasi Institusi Politik Negara

KUALA LUMPUR, 11 April – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan sidang khas Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini membawa signifikannya tersendiri kepada transformasi institusi politik negara. Katanya ini kerana Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 yang berlangsung hari ini suatu langkah awal kepada penambahbaikan sistem demokrasi. “Hari ini 11 April 2022 adalah suatu […]

» Baca lanjut

RUU Anti Lompat Parti Dibentang Julai Depan

PUTRAJAYA, 10 April – Kerajaan menyasarkan untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sesi Parlimen Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kerajaan tidak ada niat untuk melewat-lewatkan atau tidak membentangkan Akta Anti Lompat Parti, namun ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk pindaan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 yang […]

» Baca lanjut

5,087 Penjawat Awam Melaka Terima Bantuan Kewangan Aidilfitri – Sulaiman

ALOR GAJAH, 6 April – Sebanyak 5,087 penjawat awam negeri Melaka, bakal mendapat bantuan kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri pada Mei depan. Sulaiman berkata bantuan kewangan itu telah diputuskan dalam Bajet Melaka 2022 yang dibentangkan pada Disember tahun lepas. “Sebelum ini saya telah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 dan ia dibayar sebanyak dua kali […]

» Baca lanjut

Malaysia Terima Al-Quran, Kurma Sumbangan Raja Arab Saudi – PM

KUALA LUMPUR, 4 April – Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud akan menyumbang 46,000 naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Melayu kepada masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara sempena bulan Ramadan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam catatan di Facebook memaklumkan Penjaga Dua Masjid Suci itu turut menyumbang sebanyak 57 tan kurma untuk diagihkan kepada seluruh […]

» Baca lanjut

Ramadan Dalam Fasa Peralihan Endemik, PM Titip Pesan Jangan Leka, Teruskan Kawalan Kendiri

KUALA LUMPUR, 2 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak leka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) walaupun kelonggaran diberikan sejak negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula semalam. Katanya pematuhan itu termasuk pemakaian pelitup muka di tempat awam yang masih diwajibkan sehingga kini. “Walaupun kita diberikan kelonggaran, tetapi pemakaian pelitup muka di […]

» Baca lanjut

Pengeluaran RM10K Tidak Memberi Kesan Terhadap Portfolio Dan Strategi KWSP – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 2 April – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan pengeluaran Khas RM10,000 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak memberi kesan terhadap pelaburan institusi tersebut. Katanya, pengeluaran ini akan mengimbangi portfolio bagi mengatasi kesan prestasi pelaburannya. “Ternyata benarlah hujah saya selama ini (walaupun setiap hari dikecam di ruangan facebook (FB) saya) bahawa kesan pengeluran […]

» Baca lanjut
1 159 160 161 162 163 279