Pendekatan G2G Selesaikan Isu Tuntutan Sulu – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 28 Julai – Isu tuntutan Sulu ke atas Sabah perlu diselesaikan sepenuhnya termasuk menerusi pendekatan kerajaan dengan kerajaan (G2G) di antara Malaysia dan Filipina. Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata walaupun usaha itu sukar berikutan pendirian Filipina yang tidak mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia, langkah permulaan perlu diambil. Katanya, isu itu yang berlarutan sejak […]

» Read more

SOSMA Lulus, Bukti Kerajaan Ismail Sabri Stabil Dan Telus – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Lanjutan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA bagi mengekalkan tempoh tahanan 28 hari yang diluluskan Dewan Rakyat disambut baik. Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata ramai yang mengecam SOSMA dengan mengatakan ia adalah zalim dan kejam malah sering disamakan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).    “Realitinya, ISA telah […]

» Read more

Undang-Undang Larangan Lompat Parti Komitmen Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti merupakan suatu komitmen undang-undang untuk rakyat, daripada rakyat dan kerana rakyat, kata Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said. Menegaskan demikian, beliau berkata senario Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor memperlihatkan jumlah pengundi yang keluar tidak ramai adalah tanda bahawa rakyat sebenarnya […]

» Read more

Pindaan Perlembagaan: Ahli Parlimen Lompat Parti Hilang Kerusi – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Seseorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat pada pilihan raya akan hilang kerusi yang dimenanginya jika wakil rakyat itu bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah ‘lompat parti’. Perkara itu terkandung dalam Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang dibentang untuk bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri Datuk […]

» Read more

Larangan Ahli Dewan Rakyat Tukar Parti Pastikan Kestabilan Politik – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Kerajaan hari ini membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang bertujuan memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negara terus berdepan krisis politik yang tiada berkesudahan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Dewan Rakyat hari ini berkata pindaan itu […]

» Read more

Penyelarasan Jentera Komunikasi BN, Lantikan Beberapan Jawatan Di Peringkat Negeri, Bahagian

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Komunikasi dan penerangan sangat penting dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai parti utama dalam negara ini. Justeru Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa bagi memastikan Komunikasi parti diperkukuhkan dan dapat melaksanakan fungsi serta tanggungjawabnya dengan baik, maka BN akan membuat lantikan beberapa jawatan penting di peringkat negeri dan […]

» Read more

Kerajaan Terus Fokus Atasi Kemiskinan Di Kelantan, Gerakkan Ekonomi Sepenuhnya

KOTA BHARU, 23 Julai – Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada usaha mengatasi kadar kemiskinan di Kelantan melalui pelbagai inisiatif, termasuk menyediakan peruntukan RM124 juta khusus kepada 590,000 penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata selain itu kaedah menangani miskin tegar dengan kaedah baharu secara holistik melibatkan semua kementerian, […]

» Read more

Minggu Pertama Dewan Rakyat Cipta Sejarah

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Minggu pertama mesyuarat Dewan Rakyat mencipta sejarah buat negara dengan lulusnya Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021. Penggubalan rang undang-undang yang bermula sejak 2011 itu diharap berupaya menangani isu gangguan seksual di Malaysia yang belum memiliki undang-undang khusus mengenainya. Namun, kelulusan rang undang-undang pada Rabu (20 Julai) itu tidak terlepas daripada ‘drama’ apabila pihak pembangkang mendakwa […]

» Read more

Tuntutan Kumpulan Sulu: PM Beri Jaminan Lindungi Aset Negara

PUTRAJAYA, 19 Julai – Susulan isu tuntutan kumpulan Sulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan akan melindungi aset negara dengan menggunakan saluran perundangan sedia ada. “Kita lindungi (aset) dari segi perundangan. Mereka (kumpulan Sulu) bawa kes ke mahkamah jadi kita akan melindungi semua (aset) secara perundangan. “Saya beri jaminan tidak akan berkompromi dan berganjak walau […]

» Read more

Mekanisme Subsidi Bersasar Sedang Dirangka – PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Mekanisme sesuai bagi pelaksanaan subsidi bersasar sedang dirangka untuk memastikan peruntukan yang disalur kerajaan dinikmati mereka yang benar-benar berhak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pelbagai perkara perlu diperincikan berhubung mekanisme berkenaan supaya peruntukan kerajaan untuk membantu rakyat negara ini tidak sewenang-wenangnya dinikmati pihak-pihak yang tidak layak, termasuk rakyat asing. “Memang […]

» Read more
1 155 156 157 158 159 285