Penyelarasan Jentera Komunikasi BN, Lantikan Beberapan Jawatan Di Peringkat Negeri, Bahagian

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Komunikasi dan penerangan sangat penting dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai parti utama dalam negara ini.

Justeru Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa bagi memastikan Komunikasi parti diperkukuhkan dan dapat melaksanakan fungsi serta tanggungjawabnya dengan baik, maka BN akan membuat lantikan beberapa jawatan penting di peringkat negeri dan bahagian.

Bagi peringkat negeri ialah:
1. Ketua Komunikasi BN Negeri.
2. Ketua Komunikasi Wanita BN Negeri.
3. Ketua Komunikasi Pemuda BN Negeri.
4. Ketua Komunikasi Puteri BN Negeri.

Di peringkat bahagian ialah:
1. Penyelaras Komunikasi BN Bahagian.
2. Penyelaras Komunikasi Wanita BN Bahagian.
3. Penyelaras Komunikasi Pemuda BN Bahagian.
4. Penyelaras Komunikasi Puteri BN Bahagian.

Jelas Dr Zambry dalam kenyataan media, pelantikan Timbalan, Naib Ketua Komunikasi BN Negeri serta Penolong Penyelaras Komunikasi BN Bahagian serta beberapa jawatan lain juga dilakukan.

“Bagi tujuan ini, surat rasmi telah pun dihantar kepada semua Pengerusi BN Negeri agar tindakan segera diambil berkaitan perkara ini.

“BNCOMMS akan mengadakan mesyuarat khas dan taklimat di semua negeri bagi memastikan perkara ini disempurnakan dengan segera.”

Katanya, BN percaya BNCOMMS yang penting kepada parti akan memainkan peranan utama agar segala dasar, polisi dan agenda parti dapat disampaikan dengan baik kepada ahli dan rakyat.

“BNCOMMS juga bertanggungjawab menjawab serta memperbetulkan segala fitnah dan pembohongan parti lawan terhadap BN. BN percaya penyusunan baharu ini akan memudahkan penyelarasan jentera Komunikasi BN disemua peringkat,” katanya lagi. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/07/KENYATAAN-MEDIA-PENYELARASAN-JENTERA-KOMUNIKASI-BARISAN-NASIONAL.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.