Kemerosotan Pengunjung Langkawi, Shaiful Hazizy Cadang Kerajaan Negeri Anjur Lebih Banyak Program

MERBOK, 17 Nov – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mencadangkan agar kerajaan negeri tersebut menganjurkan lebih banyak program untuk menarik pelancong mengunjungi Langkawi. Ini kerana katanya, sektor pelancongan di Pulau Langkawi sememangnya terjejas akibat faktor jumlah operasi feri yang sudah berkurangan. “Bagus, cari alasan, sentiasa berada di dalam penafian, bukan nak cari penyelesaian, salahkan media, […]

» Read more

Siap Siaga Hadapi Banjir, Kerajaan Dan APM Negeri Johor Lakukan Persediaan Rapi – Azalina

PENGERANG, 15 Nov – Kerajaan Negeri dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor telah melakukan persediaan rapi dan bersiapsiaga untuk berhadapan dengan situasi banjir. Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan rakyat di negeri itu untuk sentiasa peka dan menerima nasihat dari Jabatan Meteorologi Malaysia. “Beberapa bulan ini perlu peka terhadap keadaan cuaca. Ambil tahu dan sentiasa semak nasihat […]

» Read more

Sokongan Ahli Parlimen PN Kepada PM: Bincang Segera Kelompongan Akta Lompat Parti – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berharap transformasi institusi Parlimen untuk segera diterjemahkan demi keutuhan badan legislatif yang lebih kemas dan dihormati. Menurut beliau ianya terutama membabitkan kelompongan akta lompat parti. “Saya mohon agar senario kegelabahan ini dihentikan dengan serta merta. Ahli-ahli Parlimen, tidak kira dari blok pembangkang ataupun kerajaan kena kembali […]

» Read more

Sokongan Kepada PM: Strategi Permainan Psikologi Politik PN Sedang Memakan Diri

ALOR SETAR, 11 Nov – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin beranggapan bahawa strategi permainan psikologi politik Perikatan Nasional (PN) sedang ‘memakan diri’ mereka sendiri. Ini kerana katanya, PN pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) menjangkakan bahawa akan berlaku ‘dominos effect’ iaitu penghijrahan ahli-ahli Parlimen dari blok kerajaan sehingga terbentuknya kerajaan yang mereka idamkan. “Dalam filem ‘3 […]

» Read more

Strategik Licik PN ‘Sudah Bercerai Tapi Tetap Tinggal Serumah’, Gerakan Halus Kaburi PM – Noor Hariri

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Timbalan Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berpandangan pengumuman ahli Parlimen Gua Musang yang menyokong Perdana Menteri dengan menggunakan alasan demi rakyat bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Jelasnya, ini kerana terdahulu sudah dua orang ahli Parlimen daripada Bersatu (Perikatan Nasional-PN) menyatakan sedemikian. “Ini suatu gerakan yang sengaja dibuat oleh PN kerana ketiga-tiga mereka […]

» Read more

Belanjawan Tinggi Untuk Rakyat, Kerajaan Perpaduan Adil… Tidak Lupa Negeri Pembangkang – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Peruntukan tinggi yang diberikan Kerajaan Perpaduan termasuk bagi Sabah dan Sarawak menerusi Belanjawan 2024 kerana terdapat ketidakseimbangan pembangunan di negeri tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan. Jelas Ahmad, bantuan yang diberikan pada kedua-dua negeri ini dapat menyelesaikan perkara-perkara asas termasuk juga kemudahan Lebuhraya Pan Borneo. “Ini menunjukkan Kerajaan Perpaduan ini adil […]

» Read more

Sultan Johor Dipilih Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Perak Sebagai Timbalan

KUALA LUMPUR. 27 Okt – SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Jan 2024. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemilihan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara hari ini. Maklumnya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dilantik sebagai […]

» Read more

Indeks Harga Pengguna, Langkah Kurangkan Air Tidak Terhasil Dibincang Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Penurunan berterusan indeks harga pengguna serta langkah mengurangkan air tidak terhasil antara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) pada sesi soal jawab meminta Menteri Ekonomi menyatakan mengapa indeks harga pengguna telah menurun berterusan sehingga ke paras paling rendah iaitu […]

» Read more
1 77 78 79 80 81 160