BN, PH Jangka Pembahagian Kerusi DUN Selesai Selepas Aidilfitri

SUNGAI PETANI, 18 April – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah dijangka menyelesaikan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas sambutan Aidilfitri. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sesi suai kenal diadakan dalam kalangan pimpinan BN dan PH di peringkat bahagian dengan semua […]

» Read more

Warna Politik Berbeda Bukan Halangan Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

JITRA, 5 April – Hampir 1,500 mereka yang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat diraikan dalam satu majlis iftar yang diadakan di Masjid Al-A’la, Pekan Jitra, Kedah hari ini. Majlis disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi lokasi ke-10 daripada 13 negeri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan […]

» Read more

Isu Pajakan Dan Air: Segera Bawa Ke Mahkamah – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan berhati-hati dan berhenti daripada terus mencipta ‘pergaduhan jalanan’ yang dilihat hanya lebih memberikan kesan negatif kepada negeri Kedah sendiri. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata bermula dengan isu tuntutan RM100 juta royalti pajakan, diikuti dengan isu caj air mentah kepada Pulau […]

» Read more

Ramasamy Usah Jadi Liabiliti Kerajaan Perpaduan – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 14 Feb – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy diminta untuk bersikap adil, bertanggungjawab dan menghormati konsep kerjasama politik demi memelihara status solidariti Kerajaan Perpaduan yang terbina. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, beliau sepatutnya menggunakan hak kebebasan memberikan cadangan kepada pemimpin negara secara rasional bagi memanfaatkan masyarakat dan menjaga keharmonian […]

» Read more

Nasihat Buat PPBM… Biarkan SPRM Siasat – Saiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin mengingatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin agar berpolitik secara matang dan ‘gentleman’ serta boleh menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai contoh apabila akaun parti Bersatu dibekukan. Menurut beliau setelah akaun parti berkenaan dibekukan, timbul pelbagai dakwaan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuklah kononnya agensi pencegahan […]

» Read more

Jangan Bimbang… Biar Tidak Tidur Sebilik, BN/PH Tidak Curang – Saiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan agar tidak bimbang dengan hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dengan melontarkan pelbagai dakwaan sinis termasuklah kononnya umpama tidak tidur sebilik. Secara bersahaja pula Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin berkata mereka tahu batas hubungan berkenaan walaupun duduk berada […]

» Read more

Shafei Dan Megat MKT Baharu, Angkat Sumpah Pada Rabu

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memaklumkan bahawa Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin telah dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baharu. Katanya pelantikan telah dilakukan pada mesyuarat MKT Rabu lalu yang juga menyaksikan Datuk Suraya Yaacob dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. “Mohd Shafie Abdullah […]

» Read more

Syed Saddiq Guna Ibu Bapa Tutup Salah Laku… Laporan Polis Palsu Juga Kes Jenayah

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri mempersoalkan tindakan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikatakan telah mempergunakan ibu dan ayahnya bagi menutup salah lakunya melibatkan kes mahkamahnya baru-baru ini. Jelasnya, sekiranya Syed Saddiq mengakui perkara tersebut untuk berbohong kepada rakyat dan membuat laporan polis palsu, maka perkara […]

» Read more
1 61 62 63 64 65 160