Kes Pencemaran Sumber Air Di Selangor Dijadikan Pengajaran, Kedah Ambil Langkah Holistik – Suraya

ALOR SETAR, 8 Sept – Merujuk kepada apa yang berlaku di Selangor baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air, Tenaga, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob memberi peringatan agar jangan sesekali mencemar jaringan sungai yang menjadi sumber bekalan air di Kedah. Ujar Suraya yang mesra membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Su, beliau tidak mahu apa […]

» Read more

Kedah Peruntuk RM2.9 Juta Untuk Rakyat Terjejas Oleh COVID-19

ALOR SETAR, 25 Ogos – Kerajaan Kedah memperuntukkan sebanyak RM2.9 juta sebagai inisiatif bagi meringankan beban rakyat di negeri itu yang terjejas oleh penularan wabak COVID-19. Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata bantuan itu diagihkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan sebelum ini. “Sebanyak 9,678 penduduk di negeri ini menerima bantuan […]

» Read more

PKPDB Di Perlis Dan Kedah Tamat Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar (PKPDB) di dua buah kampung di Perlis dan empat mukim di Kedah akan ditamatkan esok, iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan pada 31 Ogos, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya keputusan itu diambil selepas tiada kes positif baharu dikesan setelah kesemua penduduk di kawasan […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Mantan JR Wanita UMNO Antara Tujuh Mangsa Maut Kemalangan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – “Innalillahi wainnailaihirojiun. Sangat sedih mendengar berita ini. Parti kehilangan seorang pejuang yang setia,” demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menzahirkan rasa dukacita berkaitan laporan berita kematian tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan termasuklah mantan JR Wanita UMNO. Media melaporkan, kemalangan tersebut telah membabitkan sebuah treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV) […]

» Read more

Jelajah PUMAS Perkasakan Medium Penerangan UMNO Empat Peringkat – Shahril

ARAU, 9 Ogos – Jelajah Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) yang digerakkan ke negeri-negeri merupakan salah satu inisiatif dalam usaha memperkasakan lagi empat peringkat jentera penerangan di seluruh negara bersesuaian dengan senario semsaa. Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata dengan pendekatan tersebut jelajah penerangan yang bermula semalam di Kedah dan Perlis akan diteruskan ke seluruh negara dengan penglibatan yang menyeluruh daripada jentera […]

» Read more

KPDNHEP Pantau Barangan Keperluan Asas Di Empat Mukim Di Kedah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau barangan keperluan asas di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat mukim di Kedah. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi memastikan tidak timbul isu kekurangan barangan keperluan khususnya makanan di kawasan berkenaan. “Kalau ada […]

» Read more

Keputusan UMNO Tidak Bersama PN Untuk Muafakat Nasional Lebih Kukuh

ALOR SETAR, 30 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO tidak bersama Perikatan Nasional (PN) adalah mengambil pendirian kekal bersama Muafakat Nasional (MN) apatah lagi PN belum didaftarkan. Ujar beliau, kenyataan tersebut juga seiring dengan pendirian Perdana Menteri selaku Presiden PPBM untuk […]

» Read more
1 45 46 47 48 49 160