Perwakilan Sayap Mahu Pimpinan UMNO Capai Kata Sepakat Tentukan Pelaksanaan PRU15

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Kepimpinan tertinggi UMNO perlu segera mencari kata sepakat dalam menentukan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Perkara berkaitan PRU dibangkitkan beberapa perwakilan sayap ketika membahaskan usul bagi sayap masing-masing di Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini hari ini. Ada perwakilan menyifatkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka tidak boleh […]

» Read more

KWSP: Langkah Bijak Kerajaan Bantu Pencarum – Perwakilan UMNO

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Langkah membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan kerajaan semalam terus menerima reaksi positif apabila ia turut disentuh ramai perwakilan pada Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO hari ini. Kebanyakan mereka yang mengalu-alukan langkah itu yang disifatkan sebagai langkah bijak, berkata tindakan itu mampu membantu kelangsungan hidup pencarum yang terkesan dengan […]

» Read more

PAU 2021: Berpegang Pada ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ Kekuatan UMNO – Othman

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz berpandangan cogan kata ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi pegangan kepada ahli parti perlu dijadikan sandaran pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021. Malah katanya, persidangan kali ini juga amat dinantikan oleh ahli UMNO khususnya dalam mendengar amanat yang bakal disampaikan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid […]

» Read more

Dinamika Baharu Politik, Raih Sokongan Undi 18 Terhadap UMNO/BN – Syed Johan

ALOR SETAR, 19 Feb – Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal menjadi penanda aras kepada negeri-negeri lain dalam melaksanakan pendaftaran automatik Undi18. Ini kerana katanya situasi berkenaan sebagai dinamik baharu dalam politik, maka peranan Penerangan Pemuda UMNO sangat diperlukan agar dapat menyampaikan maklumat kepada pengundi muda yang […]

» Read more

MB Kedah Hati-hati Ketika Bercakap, Jangan Tiru Acuan PH – Johan Rizal

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor untuk berhati-hati memberikan kenyataan dan tidak meniru acuan Pakatan Harapan (PH) yang seringkali bertindak sebagai pemecah belah. Beliau berkata demikian sebagai reaksi apabila pemimpin PAS itu di Johor yang mendakwa bahawa sekiranya […]

» Read more

Kita Dah Buktikan Kerajaan UMNO Stabil – PM

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Tidak timbul isu kerajaan akan menjadi lebih stabil jika UMNO tidak menjadi kerajaan, itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Muhammad Md Nor. Ismail Sabri berkata kerajaan kini adalah kerajaan UMNO dan beliau sendiri adalah perdana menteri dari UMNO, yang mendapat sokongan dari rakan-rakan parti […]

» Read more

MB Kedah Perlu Sedar PH, PN Punca Ketidakstabilan Politik… PPBM ‘Pancing Katak Politik’ Tidak Gila Kuasa?

ALOR SETAR, 13 Feb – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor perlu sedar bahawa ketidakstabilan politik di negara ini mula berlaku apabila Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menang tipis di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Hashim Jahiya berkata untuk menstabilkan kerajaan PH […]

» Read more

UMNO Bukan Parti Tempelan – Mahdzir

SUNGAI PETANI, 12 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan bahawa UMNO tidak boleh lagi menjadi sebuah parti tempel-tempelan. Sebaliknya katanya, UMNO perlu menjadi parti dominan yang berkuasa menerusi kemenangan secara majoriti besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. “UMNO mesti jadi parti dominan, UMNO boleh menang dalam pilihan raya, kita berkuasa, baru kita boleh […]

» Read more

Banjir: Sukarelawan UMNO Teruskan Khidmat Bakti Bersama Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Sukarelawan UMNO dari pelbagai peringkat terus melaksanakan khidmat bakti dalam menyantuni rakyat bekitan bencana banjir yang melanda beberapa negeri dalam negara. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan semalam seramai 873 orang Sukarelawan Pergerakan Pemuda UMNO, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Sukarelawan Skuad Sabil Malaysia digerakkan ke beberapa lokasi di Pahang terutamanya […]

» Read more
1 42 43 44 45 46 164