Rakyat Kedah Yakin Gabungan BN Dan PH Mampu Tawan Negeri – Azman Azeez

  KUALA LUMPUR, 28 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez menyifatkan parti pembangkang tidak mampu mempertahankan negeri Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Menurutnya, kerjasama yang erat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu dibuktikan dengan menawarkan pelbagai insentif yang memberi manfaat buat rakyat. “Sudah semestinya kelebihan kedua-dua gabungan besar ini dapat memberikan […]

» Read more

DUN Kedah Secara Rasmi Bubar Hari Ini

ALOR SETAR, 28 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini selaras dengan perkenan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Ahad lepas. Pembubaran itu sekali gus menamatkan pentadbiran tiga tahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil alih kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH) pada 17 Mei 2020. Susulan pembubaran itu, […]

» Read more

UMNO Pelopor Kemenangan Dari Awal, Pastikan Terus Menang Depani Cabaran

LAHAD DATU, 23 Jun – Parti UMNO telah mencapai kemenangan dari awal apabila menuntut kemerdekaan maka setiap kemenangan mesti diperjuangkan, tegas Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul yang yakin bahawa pelbagai cabaran yang dihadapi akan dapat diharungi. Katanya, bagi mendepani cabaran terdekat iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan […]

» Read more

Junjung Kasih Titah Sultan Kedah, Elak Berpolitik Dan Fokus Pada Pembangunan – Norsabrina

BANDAR BAHARU, 22 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang mahu tahap profesionalisme ditekankan kerajaan negeri bagi menjayakan agenda pembangunan digiatkan demi kebaikan rakyat. Katanya Norsabrina, titah Baginda adalah satu penekanan yang jelas bahawa tumpuan sepenuhnya mesti dilaksana oleh kerajaan negeri bagi memastikan […]

» Read more

Tiada Istilah ‘Warlord’ Dalam UMNO, Terus Amalkan Demokrasi – Muhamad Khizri

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim bersetuju pandangan yang diberikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid apabila menegaskan tiada ‘warlord’ dalam negeri terbabit. Menurutnya, ini adalah mainan persepsi pihak pembangkang yang cuba memutar belitkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN). Katanya, dalam parti ini sentiasa terbuka dan tidak ada […]

» Read more

UMNO Terus Bersama Rakyat, Tolak Dakwaan Negatif Terhadap Parti – Jamal

PAPAR, 21 Jun – Polemik dan dakwaan negatif terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali rancak sejak kebelakangan ini termasuk memburukkan Kerajaan Perpaduan yang didukung atas kerjasama 19 parti-parti politik seluruh negara. Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi menegaskan bahawa UMNO adalah parti yang kekal utuh kepada prinsip dan perjuangan sebagaimana penubuhannya malah sehingga kini kekal demi […]

» Read more

Ada Urusan Sejarah Tidak Selesai Antara Zaman British Dan Kedah

ALOR SETAR, 20 Jun – UMNO Negeri Kedah menyifatkan masih terdapat urusan yang belum selesai berkaitan sejarah antara zaman penjajahan British dan kerajaan Kedah pada masa itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengenai kedudukan Pulau Pinang dan Kedah. “Sebagai rakyat Kedah dan juga Pengerusi […]

» Read more

Junjung Titah Sultan Kedah, Namun Bimbang Dijadikan Modal Politik Negatif – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 19 Jun – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mahu ruang diberikan kepada rakyat Kedah untuk menilai fakta sejarah daripada sudut yang neutral dan ilmu. Namun begitu, Shaiful Hazizy melahirkan kebimbangan kerana ianya akan dijadikan […]

» Read more

PRN : UMNO Johor Hantar Jentera Berpengalaman Bantu Kempen

JOHOR BAHRU, 18 Jun – UMNO Johor akan menghantar jentera yang berpengalaman dan komited bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan nanti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan. “Johor ditugaskan untuk membantu Negeri Sembilan, jadi saya berharap agar kesemua 26 bahagian di negeri ini menghantar mereka yang berpengalaman (dalam pilihan raya) dan komited […]

» Read more
1 23 24 25 26 27 160