MB Kedah Sibuk Berpolitik, Maki Hamun Tapi Tak Hirau Kebajikan Rakyat – Shaiful Hazizy

 

TANJUNG DAWAI, 5 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin atau lebih dikenali sebagai Tok Pon merasa kecewa dengan pentadbiran negeri Kedah yang diketuai oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ini kerana katanya, kerajaan negeri Kedah gagal menunaikan tanggungjawabnya serta tidak menghiraukan kebajikan rakyat kerana sibuk berpolitik.

“Kerajaan negeri tidak ‘reti’ atau pura-pura tidak ‘reti’, sibuk berpolitik dan maki hamun orang. Level orang ini Islam, orang ni kurang Islam, lebih Melayu dan sebagai. Kempen saya tidak begitu dan terus kepada rakyat dan apa rakyat perlukan.

“Permasalahan utama adalah air, ianya sangat kritikal disebabkan pembinaan loji di Bukit Selambau tetapi persiapannya di bawah 10 peratus. Kerajaan negeri tidak ada duit disebabkan terbengkalai lama dan kenaikan kos bahan binaan maka sewajarnya kerajaan negeri ‘request’ pada kerajaan pusat.

“Selagi rakyat tidak buat keputusan pada 12 Ogos, pilih parti sama dengan kerajaan pusat sudah tentu tidak ada peruntukan baharu yang boleh diberi pada kerajaan negeri untuk menyiapkan loji tersebut. Selagi mana tidak siap selagi itu rakyat Tanjung Dawai akan menderita dan tidak dapat dinoktahkan masalah air di sini,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Tok Pon yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata loji Bukit Selambau bukan hanya dapat menyelesaikan air di Tanjung Dawai tapi malah satu daerah Kuala Muda.

“Kenapa dia tak jawab soalan saya? Kenapa loji tak disiapkan? Kenapa tak jawab duit yang buat loji ini siapa bagi? Dia tak jawab sebab duit buat loji ini adalah duit kerajaan pusat.

“Saya sudah bertanya pada Menteri Besar Kedah beberapa kali, mungkin saya ini orang kecil dan tidak peduli tetapi soalan itu perlu dijawab. Apa terjadi di loji Bukit Selambau sampai tidak boleh disiapkan mengikut jadual?

“Perkara ini sudah bertahun-tahun diajukan dan sekarang ini tahun 2023 dan masalah air masih berlaku. Di Tanjung Dawai orang bergaduh masalah air. Siapa yang bertanggungjawab? Kena tanya Menteri Besar,” tegas beliau.

Tegasnya, pada 2016 dalam bajet negeri diperuntukkan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa kerajaan negeri menerima pinjaman sebanyak RM800 juta untuk menaik taraf loji tersebut.

“Kenapa Sanusi tak beritahu perkara tersebut? Beliau nak buat ‘The Greater Kedah’, nak dapat duit mana nak buat itu? Rakyat Kedah tidak boleh tertipu dengan perkara ini.  ‘Greater Kedah’ memerlukan kelulusan dan peruntukan kerajaan pusat.

“Hebat mana Sanusi boleh tarik pelabur dari luar? Angka pelaburan yang dicatat itu betul atau tidak? Adakah ianya nilai pelaburan sebenar? Jangan manipulasi fakta atau sekadar angka. ‘The Greater Kedah’ hanya omong-omong kosong, hanya untuk sedap mata dan mendengar,” ujarnya.

Ujarnya lagi, pada 12 Ogos adalah saat dan ketika yang sangat penting iaitu pengundi di negeri Kedah harus menolak serta noktahkan penipuan serta temberang Pas terutamanya Sanusi. – UMNO Online


@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.