Pengundi Harus Bijak, Matang Berpolitik… Kedah Perlukan Tatakelola Yang Baik – Khizri

 

SIK, 5 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim menasihati pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini agar harus bijak dan matang berpolitik dalam menentukan sebuah kerajaan yang baik urus tadbirnya.

Ujarnya, rakyat perlu memberikan peluang kepada parti-parti Kerajaan Perpaduan mengambil alih kerajaan negeri agar mempunyai tatakelola yang lebih baik berbanding sekarang ini.

“…selesaikan masalah rakyat untuk kepentingan seluruh rakyat negeri Kedah. Itulah namanya politik matang dan sejahtera yang dilaung-laungkan bukannya sekadar di poster dan cakap-cakap kosong.

“Dalam politik ini yang bijak dan yang untungnya adalah rakyat. Jangan bagi rakyat rugi, prinsip itu perlu diketepikan sementara dan bukannya korbankan prinsip. Itulah pegangan yang baik untuk sama-sama fikir,” jelas beliau kepada UMNO Online ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya juga, rakyat di Sik amat bertuah kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun padang ke negeri Kedah.

Depa (mereka) mai (datang) pun nak majlis pecah tanah pusat hemodialisis di Felda Teloi Timur. Ini satu perkara yang dinanti-nantikan sekian lama dan ada beberapa perkara yang akan ‘request’.

“Insya-Allah dah berhubung dengan pejabat Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada perjumpaan bersama rakyat nanti. Itu akan membantu dan menyumbang undi kepada BN di Jeneri khususnya dan di negeri Kedah amnya,” katanya ketika ditemui UMNO Online di sini.

Terdahulu pada 17 Jun lalu Anwar mengumumkan peruntukan tambahan dan meluluskan lebih RM20 juta khusus untuk membantu institusi pendidikan Islam di negeri ini termasuk sekolah pondok, tahfiz dan masjid sedangkan pangajian tersebut banyak menyokong Pas tetapi beliau meluluskannya.

Bantuan tambahan itu adalah sebagai usaha untuk menyuburkan Islam serta meningkatkan lagi mutu pendidikan berteraskan Islam di negeri ini.

“Saya yakin dan seandainya diberikan sokongan pada Kerajaan Perpaduan ini pastikan akan dapat lebih dari itu dan boleh bangunkan institusi pondok dan tahfiz yang lebih sistematik dan berkesan pendidikan serta memberi ruang yang luas kepada anak bangsa yang menuntut di situ,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.