Stesen Minyak Tanpa Subsidi Diperluas Di Kawasan Sempadan Negara Secara Berfasa

PUTRAJAYA, 3 April – Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) hari ini bersetuju dengan perluasan stesen minyak tanpa subsidi secara berfasa di kawasan sempadan negara bagi menangani ketirisan diesel bersubsidi. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat itu memaklumkan lokasi stesen minyak tanpa subsidi itu dicadangkan di Rantau Panjang dan […]

» Read more

Sanusi Perlu Elak Budaya Politik Berlebihan – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 30 Mac – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya mengelakkan budaya berpolitik secara berlebihan sehingga menjejaskan hubungan antara kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti dititah oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, dakwaan Sanusi yang mengatakan bahawa beliau dihalang daripada menghadiri sebarang majlis Kerajaan […]

» Read more

Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

JASIN, 27 Mac –  Melaka mungkin akan menyaksikan pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulai, Serkam, di sini hari ini, beliau yang juga Presiden UMNO berkata ia adalah selaras dengan pembentukan kerajaan di peringkat Persekutuan.“Insya-Allah di negeri Melaka belum terbentuk kerajaan (perpaduan yang) MADANI… tapi ke arah […]

» Read more

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 22 Mac

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam itu melalui radio dan televisyen. Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah […]

» Read more

Jaga Kerahsiaan Parti, Pesan Presiden Kepada Bakal MKT

SEREMBAN, 14 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bakal barisan ahli Majlis Kerja (MKT) agar menjaga kerahsiaan parti. Pesannya, setiap yang dipilih ataupun dilantik telah mengangkat sumpah kerahsiaan dan sepatutnya tidak berlaku perkara yang diperbincangkan disalurkan kepada pihak luar selagi tiada kata putus dalam mesyuarat tersebut. “Perbincangan dalam mesyuarat MKT adalah proses membuat keputusan sama […]

» Read more

Bawa Ke Parlimen Akta Pertubuhan 1966 Jika Mahu Dipinda – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 9 Mac – Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) merupakan satu akta yang diluluskan oleh Parlimen dan sekiranya ada pihak yang mahu ia dipinda, perkara itu seharusnya diserahkan kembali kepada Parlimen, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Kalau ada tidak setuju kena tengok balik dalam Akta Pertubuhan 1966. Itu adalah merupakan satu akta dan ia diluluskan […]

» Read more

Pelaburan The Langkasuka Dan KXP Yang Cacamarba – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpendapat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor harus menjawab kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dengan jelas supaya rakyat negeri Kedah tidak keliru tentang apa sebenarnya yang berlaku. Ini kerana katanya, situasi ini menunjukkan kelemahan dan kegagalan tataurus kerajaan pimpinan Sanusi […]

» Read more

Ahmad Zahid Nasihat Calon Patuhi Garis Panduan Berkempen Yang Ditetapkan JPU

ALOR SETAR, 6 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati kepada semua calon yang bertanding dalam Pemilihan kali ini mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Menurutnya, Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) di bawah Tan Sri Shahrir Samad telah memberi garis panduan dan keadilan terbaik termasuk dibenarkan kempen melalui saluran media interaktif. Pesannya lagi, baik calon mahupun pengurus kempen, […]

» Read more

Lapan PPS Kekal Sedang Dibina Untuk Kemudahan Mangsa Banjir – TPM

ALOR SETAR, 5 Mac – Sebanyak lapan buah dewan yang akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal bagi menempatkan mangsa banjir, sedang dibina di kawasan sekolah yang sering dijadikan PPS. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembinaan kemudahan yang menggunakan peruntukan sedia ada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu, bagi memastikan mangsa yang dipindahkan ke PPS […]

» Read more
1 109 110 111 112 113 160