Dewan Tertinggi BN Seru Semua Pemimpin Menjaga Perpaduan Bagi Menjamin Kestabilan Politik

KUALA LUMPUR, 28 April – Barisan Nasional (BN) menyeru agar semua pemimpin dari pelbagai lapisan masyarakat untuk terus menjaga perpaduan dan keharmonian agar kestabilan politik dapat dijamin.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerusi satu kenyataan berkata, Dewan Tertinggi BN telah sebulat suara bersetuju dan komited untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

“Dewan Tertinggi BN telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang dihadiri semua parti-parti komponen BN.

“Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada 27 April 2023 telah membincangkan dan bersetuju untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai serta bersama-sama membangunkan agenda polisi rakyat,” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa Dewan Tertinggi BN telah ditaklimatkan mengenai persiapan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan model kerjasama BN bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Dewan Tertinggi BN juga telah dimaklumkan secara mendalam persiapan parti menghadapi PRN di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan. Perbincangan juga melibatkan model kerjasama di antara BN bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Mesyuarat Dewan Tertinggi juga bersetuju pada:-

5,1,​Pelantikan Bendahari Agung Barisan Nasional berdasarkan fasal 8.3.(E) Perlembagaan Barisan Nasional – YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

5.2. 5elantikan Wakil Pergerakan Pemuda berdasarkan fasal 8.1.(G) Perlembagaan Barisan Nasional – YB Dr Muhamad Akmal bin Saleh

5.3. Pelantikan Wakil Pergerakan Puteri berdasarkan fasal 8.1.(I) Perlembagaan Barisan Nasional – YBhg Datuk Nurul Amal binti Mohd Fauzi

5.4. Pengganti Wakil UMNO dan PBRS ke Dewan Tertinggi berdasarkan Fasal 9 Perlembagaan Barisan Nasional:-

• YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail;
• YB Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin;
• YBhg Datuk Freddy Sua

5.5. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Negeri berdasarkan fasal 23(A) Perlembagaan Barisan Nasional

5.6. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian berdasarkan 24(A) Perlembagaan Barisan Nasional, ekoran pemilihan UMNO 2023-2026,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, Dewan Tertinggi BN juga bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang akan diadakan pada 14 Mei 2023.

“Dewan Tertinggi BN bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei 202, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.