Kanvas Orang Muda Diperlukan Bagi Hadapi PRU15, BN Mampu Realisasikan Aspirasi Masa Hadapan

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Barisan Nasional (BN) harus menekankan kanvas seperti Tranformasi Nasional (TN) yang menjadi perintis kepentingan suara orang muda dalam membentuk hala tuju negara sekali gus memberi jaminan orang muda berperanan lebih besar dalam merealisasikan aspirasi masa hadapan. Demikian tegas Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar yang mewakili Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Noraini […]

» Read more

Syukur Pengeluaran Khas KWSP Bantu Rakyat Terjejas – Zahid

KUALA LUMPUR, 28 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kesyukuran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membantu segelintir rakyat yang berdepan bebanan kewangan. Katanya, ini kerana pelbagai kisah tular di media sosial berkenaan pengorbanan mereka yang mengeluarkan wang simpanan tersebut untuk manfaat keluarga. “Saya di Tanah Suci berasa tersentuh apabila dimaklumkan tentang kisah seorang […]

» Read more

Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Asas 2022 Berada Pada Kadar 18.33 Peratus – PM

KUALA LUMPUR, 21 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE) Asas Tahun 2022 negara setakat 15 April lepas adalah pada kadar 18.33 peratus. Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) tahun ini, yang dipengerusikannya dan turut dihadiri empat Menteri Kanan serta ketua […]

» Read more

Kisah Rakyat Malaysia Warnai Pembukaan Semula Tambak Johor

JOHOR BAHRU, 1 April – Pelbagai cerita rakyat Malaysia yang baru pulang dari Singapura mewarnai dan menghidupkan semula Tambak Johor yang ‘sepi’ sejak dua tahun lamanya apabila sempadan negara ditutup pada 18 Mac 2020. Solidariti terpancar dalam kalangan warga tempatan apabila ada yang menyanyikan lagu Negaraku ketika berjalan kaki merentasi Tambak Johor dan ada bersorak kegembiraan menyambut kepulangan mereka sebaik […]

» Read more

Bukan Setakat Bagan Serai, Banyak Lagi Kawasan Lain Pas Boleh Minta Daripada PPBM

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Jika Pas ingin menuntut kawasan parlimen yang disandang daripada Parti Pribumi Bersatu (PPBM) pada pilihan raya umum akan datang, bukan sahaja Parlimen Bagan Serai malah banyak lagi kawasan lain yang boleh diusulkan. Demikian tegas Ketua UMNO bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari yang mempersoalkan bukankah Pas boleh melihat dan merasai sendiri bagaimana jentera PPBM pada […]

» Read more

Exco Baharu Mahu Fokus Kemakmuran, Kepentingan Rakyat Johor

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu akan terus fokus kepada kemakmuran bagi memastikan ekonomi dan kepentingan rakyat negeri ini sentiasa terpelihara. Mereka berikrar akan melakukan yang terbaik demi negeri selain melahirkan ucapan penghargaan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kepercayaan untuk menggalas […]

» Read more

Ahmad Maslan Rakam Penghargaan, Terima Kasih Jayakan PAU 2021

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya 5,542 perwakilan serta para pemerhati yang telah hadir dalam menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2021. Persidangan yang berlangsung selama empat hari bermula Rabu telah melabuhkan tirai dengan perjalanan PAU 2021 berlangsung lancar. “Terima kasih setulusnya kepada 5,542 […]

» Read more
1 558 559 560 561 562 592