Kanvas Orang Muda Diperlukan Bagi Hadapi PRU15, BN Mampu Realisasikan Aspirasi Masa Hadapan

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Barisan Nasional (BN) harus menekankan kanvas seperti Tranformasi Nasional (TN) yang menjadi perintis kepentingan suara orang muda dalam membentuk hala tuju negara sekali gus memberi jaminan orang muda berperanan lebih besar dalam merealisasikan aspirasi masa hadapan.

Demikian tegas Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar yang mewakili Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam membicarakan tajuk ‘BN Membina Harapan Generasi Baharu’ menerusi diskusi pada Konvensyen BN semalam.

“BN harus menyediakan ‘kanvas’ seperti Tranformasi Nasional (TN) untuk orang muda dan sewajarnya patut diadakan sekarang kerana mereka berpeluang melihat manifesto BN untuk generasi baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 15.

“Kanvas orang muda diperlukan untuk mengembalikan sokongan orang muda pada BN dan juga peremajaan dalam parti serta ahli-ahli parti yang banyak pengalaman dalam politik semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian yang bertajuk di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Turut hadir sebagai panel dalam diskusi terbabit ialah Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pemuda MIC, Raven Kumar Krishnasamy; Ketua Pemuda PBRS, Prof Dr Edwin Laimin dan Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong Siaw Ting bertindak sebagai pemudahcara.

Sementara itu menurut Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun, agenda BN sudah terbukti dengan pengalaman yang luas bagi memastikan wujudnya kestabilan politik demi menyumbang kepada kemakmuran negara.

“BN bukannya gabungan politik semata-mata, BN adalah lambang kestabilan dan perpaduan serta kemakmuran bagi rakyat Malaysia.

“Struktur kesimbangan dan kestabilan kaum adalah kunci bagi menjamin keharmonian sesebuah negara. Tanpa kestabilan tiada kemakmuran, tanpa kestabilan juga tiada keamanan,” ujarnya.

Konvensyen BN adalah julung-julung kali diadakan selepas BN hilang kuasa pada PRU-14. Ia diadakan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan peserta terdiri daripada parti-parti komponen BN seperti UMNO,MCA, MIC dan PBRS. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit