‘Total Lockdown’ Tapi MITI Benarkan Syarikat Bukan ‘Essential Services’ Beroperasi, Rakyat Perlukan Penjelasan

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Farid Mohd Nor berkata apa yang Pemuda UMNO utarakan adalah kebimbangan rakyat dan betapa perlunya Perintah Kawalan Pergerakan KP 3.0 ini (total lockdown) dilaksanakan seadil-adilnya kepada semua pihak. Tegasnya, pelaksanaannya bukan sahaja perlu berjaya tetapi mesti disebabkan oleh pengorbanan semua pihak. “Jangan ada sebahagian hilang pendapatan dan berkorban […]

» Read more

Kilang Minuman Keras Bukan Keperluan Asas, Ketegasan Menteri Kanan Pertahanan Dan Kerajaan Dipuji

BANDAR BARU BANGI, 2 Jun – Sekretariat Agamawan Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik keputusan kerajaan menutup operasi kilang minuman keras memandangkan ianya bukan dikategorikan sebagai keperluan asas. Kata Pengerusinya, Afif Farhi Othman, ketegasan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri menunjukkan responsifnya kerajaan terhadap suara rakyat dan kesungguhan di dalam mengekang penyebaran wabak COVID-19 secara serius dan berkesan. […]

» Read more

Kilang Arak Ditutup: Terima Kasih Menteri Kanan Pertahanan

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan terima kasih Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Ini kerana katanya, keputusan tersebut jelas mendengar suara hati rakyat dengan mengambil tindakan serta-merta membatalkan kelulusan […]

» Read more

Lebih 95 Ribu Syarikat Dibenarkan Operasi, Menteri MITI Perlu Jelaskan Tujuh Persoalan Asas

95,142 syarikat dengan aggaran 1.2 juta pekerja sudah mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk terus beroperasi dalam tempoh TOTAL LOCKDOWN. Tujuh Persoalan Asas dan Mendasar berikut perlu mendapat penjelasan tuntas oleh Menteri bertanggungjawab kepada MITI iaitu YB (Yang Berhormat) Datuk Seri Azmin Ali: 1. Apakah asas dan justifikasi sebanyak itu syarikat dibenarkan beroperasi dalam tempoh TOTAL LOCKDOWN? […]

» Read more

PKP: Sektor Perkilangan Patut ‘Berkorban’ Seperti Peniaga Kecil Tutup 14 Hari – Najib Razak

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoal langkah kerajaan yang membenarkan sebahagian industri kilang beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadual bermula esok. Beliau meluahkan bagaimana sektor elektrikal dan elektronik yang merupakan antara sektor terbesar negara dengan 600,000 pekerja secara langsung dibenarkan beroperasi. “Jika sektor ini dibenarkan beroperasi maka banyak lagi […]

» Read more

Hina Yang Di-Pertuan Agong, Ahli PKR Perlu Dikenakan Tindakan Tegas – Azril Rizal

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Exco Pemuda UMNO Malaysia Azril Rizal Yusof Mohd Sarit berkata tindakan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni yang telah secara terang-terangan menghina Yang di-Pertuan Agong setelah memuat naik video secara langsung di Youtube rasmi miliknya dengan video bertajuk ‘Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun’ adalah satu tindakan yang amat biadap. Katanya, dalam video […]

» Read more

PKR Wajar Pecat Ahli Hina Agong – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Kenyataan anggota PKR (Parti Keadilan Rakyat)  Iswardy Morni, yang kini disiasat kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipandang enteng, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Jelasnya, sebagaimana yang diperakui sendiri oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, tindakan menghina seperti ini bukan kali pertama bahkan Biro Politik hanya sekadar beri amaran […]

» Read more

Kekal Tenang, Kita Patuhi Arahan Kerajaan – Dr Najmil Faiz

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata langkah kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara yang akan bermula pada 1 hingga 14 Jun ini bagi membendung penularan COVID-19. Katanya, walaupun perlaksanaan langkah ini akan memberikan implikasi besar kepada ramai pihak, kerajaan diharap dapat membantu rakyat pelbagai peringkat dengan pelbagai […]

» Read more

Lebih 50% Penyumbang Infeksi Dari Kilang, Tempat Kerja… Lebih Baik Total Lockdown

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Memandangkan lebih 50 peratus penyumbang infeksi adalah kilang dan tempat kerja, lebih baik buat total lockdown’ seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Tetapi katanya, akhirnya kerajaan lebih mendengar pandangan tauke-tauke dan pemain-pemain besar industri. “Kononnya negara akan rugi setengah trilion. Jika benarpun kos sehari […]

» Read more

COVID-19 Makin Serius… Sampai Bila Keadaan Ini Akan Berlarutan? – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi meluahkan kebimbangan beliau dengan peningkatan angka kes baharu COVID-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda ke arah pemulihan. Katanya, beliau kasihan melihat petugas barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus melakukan sebaik mungkin membantu rakyat sejak bermulanya penularan wabak ini pada tahun lalu. “Situasi semakin tenat dan serius. Tambahan […]

» Read more
1 398 399 400 401 402 602