Kerjasama UMNO PAS Semakin Mantap, Berstruktur, Berfokus Untuk Raih Kemenangan – Ismail Sabri

JELAI, 24 Jan – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands memperlihatkan kerjasama dan permuafakatan antara UMNO, Barisan Nasional (BN) dan PAS semakin mantap dalam usaha memastikan kemenangan, kata Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Penubuhan jawatankuasa bersama menjadikan gerak kerja antara kedua-dua parti lebih tersusun dan terarah berbanding sebelum ini yang hanya […]

» Read more

Gempur Pemuda

Tanah Rata, 23 Januari — Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggegarkan pentas dengan ucapan yang penuh bersemangat ketika hadir pada Pidato Pemuda UMNO dan Pas sempena Pilihanraya Kecil (PRK) P 078 Cameron Highlands di Dataran Tanah Rata malam ini. – Foto : MediaUMNO

» Read more

PRK DUN Semenyih : Enam Nama Calon Diserahkan Kepada UMNO Pusat, Kerjasama Dengan Pas Diperkukuh

SHAH ALAM, 22 Jan – Enam nama calon akan diserahkan oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor kepada UMNO pusat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac depan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob berkata keenam-enam calon yang disenaraikan itu bukan sahaja berdasarkan jawatan dalam parti dan juga […]

» Read more

UMNO Sabah Desak Kajian Lebih Mendalam Sebelum Kerajaan Pindah Milik SESB

KOTA KINABALU, 19 Jan – UMNO Negeri Sabah hari ini mendesak agar kajian yang lebih mendalam di lakukan sebelum sebarang aktiviti transisi atau pemindahan hak milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan negeri Sabah. Pengarah Strategik Dan Komunikasi UMNO Sabah, Ghazalie Ansing berkata, UMNO Sabah khuatir jika tindakan terburu-buru yang diambil bakal memudaratkan lagi SESB dan pembekalan tenaga di […]

» Read more

Terima Kasih Bersatu, Bantu Bersihkan Daki Yang Kotori Perjuangan UMNO – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO melihat Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2018 telah dijadikan forum perwakilan mendesak Kerajaan untuk memberi kontrak dan projek kepada Ketua-ketua Bahagian dan pimpinan mereka di semua peringkat. Dalam hal ini, Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa sukur dan berkata sepatutnya orang UMNO berterima kasih kepada Bersatu kerana mereka […]

» Read more

BERSATU Belum Buktikan Apa-apa Kepada Orang Melayu, Rakyat Malaysia, Presidennya Masih ‘Dihantui’ UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat selaku Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yasin yang diberikan ruang berucap semasa perasmian Perhimpunan Agung Armada dan Srikandinya semalam tidak banyak yang disentuh dan utarakan. Katanya BERSATU belum membuktikan apa-apa kepada orang Melayu dan Malaysia, selain menumpang tuah Pakatan Harapan (PH) dalam […]

» Read more

Kekang Anasir Pecah-Belah Keharmonian Kaum, Jangan Biarkan Melarat – Pemuda Setiawangsa

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa berharap pihak berkuasa tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecah-belahkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini. Naib Ketuanya, Fadzmel Fadzil menggesa agar jangan dibiarkan isu tersebut berleluasa dan semua pihak bersama-sama mengekangnya sebelum ia merebak menjadi isu yang lebih mudarat. Justeru, hari ini Pemuda UMNO Setiawangsa telah membuat […]

» Read more

Ahmad Zahid Berjiwa Besar, Masa Untuk UMNO Maju Ke Depan

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana berjiwa besar dan mendengar suara akar umbi dengan memberikan kepercayaan kepada Datuk Seri Mohammad Hassan selaku Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO. “Sebagaimana amanat beliau, saya juga mengharapkan agar segala polemik berkaitan dengan […]

» Read more

Langkah Pertama.. Kenal Pasti Mereka Yang Masih Setia Bersama UMNO – Bung Mokhtar

KINABATANGAN, 13 Dis – Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau akan mengenal pasti semua exco serta pemimpin pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang masih kekal bersama UMNO Sabah sebagai langkah pertama selepas dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang baharu. Jelas beliau, ini adalah bagi mencari satu pendekatan ke arah bagaimana memperkukuhkan bahagian-bahagian Pemuda, Wanita dan Puteri. “Dalam […]

» Read more

Walau Diasak, UMNO Sabah Tetap Wujud Jadi Benteng Rakyat

KOTA KINABALU, 12 Dis – Pemuda UMNO Negeri Sabah menafikan berita mengenai pembubaran UMNO negeri tersebut. Menurut Ketuanya, Ir. Abdul Aziz Julkarnain, penularan berita tersebut hanyalah dimainkan pihak lawan untuk memecah-belahkan kesatuan dan kekuatan dalam parti di peringkat akar umbi. “Sehingga kini, kesemua 25 Bahagian di negeri ini masih utuh dan kuat. Malah, UMNO di peringkat negeri sedang merencana dan […]

» Read more
1 248 249 250 251 252 603