UMNO Labuan Budayakan Semangat Kerja, Aplikasi Ramadan Bantu Golongan Asnaf – Mohd Rafi

LABUAN, 27 Mac – Sempena bulan Ramadan tahun ini UMNO Bahagian Labuan menganjurkan program Ziarah Ramadan melibatkan kepimpinan bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO termasuk cawangan-cawangan yang berkolaborasi melaksanakan program turun padang ini. Ketuanya, Datuk Mohd Raffi Alli Hassan berkata untuk tahun ini UMNO bahagian Labuan mensasarkan lebih 500 keluarga dari golongan asnaf yang akan disantuni dengan penyampaian sumbangan berupa […]

» Read more

UMNO Perlu Dilihat Parti Yang Aktif Bantu Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO perlu dilihat sebagai sebuah parti politik yang aktif dalam memberi khidmat bakti. Ujar Ketua UMNO Bahagian Pontian yang juga Timbalan Menteri Kewangan itu, semua pihak dalam parti perlu mendekati rakyat pelbagai kaum di kawasan masing-masing. “Saya tegaskan bahawa perlu UMNO dilihat sebagai sebuah parti […]

» Read more

Lantikan Mereka Yang Tewas Dalam Pemilihan Parti Untuk Kukuhkan UMNO

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan melantik mereka yang tewas pada pemilihan parti itu untuk memegang jawatan tertentu, sebagai satu keterangkuman dalam usaha mengukuhkan UMNO. “Yang menang, tak menang semua, yang kalah, tak kalah semua, maka keterangkuman ini saya lakukan demi kukuhkan parti yang di mata orang luar sedang berada dalam […]

» Read more

Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

GOMBAK, 25 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap gelombang kebangkitan baharu yang dimiliki UMNO kini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkasa parti. Katanya ini termasuk perpaduan dalam kalangan ahli parti yang perlu diperkukuh selepas mengharungi Pemilihan UMNO sesi 2023-2026. “Saya telah berpesan kepada mereka bahawa yang menang itu tidak menang semua manakala kalah tidak kalah semua. […]

» Read more

Pemuda Lapor Polis, Anjur Pesta Tidak Bermoral Gugat Keharmonian Agama Dan Kaum

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat laporan polis membabitkan penganjuran Pesta Pembukaan Privacy Tun Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam. Exconya, Datuk Shahrul Nasrun dan Aizat Azam mendesak PDRM mengambil tindakan kepada pihak penganjur di bawah peruntukan undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998. “Laporan polis […]

» Read more

Pelantikan Ketua Penerangan Tanggung Jawab Besar, Peluang Pamer Imej UMNO Lebih Progresif – Azalina

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Dr Azalina Othman Said menyifatkan pelantikannya sebagai satu tanggungjawab besar dan peluang untuk bersama-sama jentera penerangan parti dalam mempamerkan imej UMNO yang lebih progresif. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) merangkap Ahli Parlimen Pengerang berkata demikian dalam kenyataan selepas menerima pelantikan Ketua Penerangan UMNO […]

» Read more

Lantikan Baharu UMNO: Dr Asyraf SUA, Tg Adnan Kekal Bendahari, Ketua Penerangan Azalina

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah membuat pelantikan pegawai-pegawai utama parti, Ahli Majlis Kerja Tertinggi MKT (Lantikan) dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri-Negeri. Lantikan tersebut dibuat pada mesyuarat yang pertama hari ini selepas pemilihan parti selesai pada 18 Mac 2023 yang lalu. Bagi jawatan pegawai utama perlantikan adalah seperti berikut: Setiausaha Agung – […]

» Read more

Barisan Kepimpinan UMNO Angkat Sumpah Untuk Sesi 2023/2026

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Barisan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengangkat sumpah jawatan bersama-sama Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, hari ini. Lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia ini dibuat bagi sesi baharu iaitu 2023-2026, sebelum menandatangani dokumen ikrar tersebut, di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn. Mesyuarat MKT ini […]

» Read more

Pelbagai Citra Ahli MKT Mantapkan UMNO ‘Memeta’ Hala Tuju Baharu

KEPUTUSAN Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 berakhir Sabtu lalu dilihat begitu menarik, terutama jika meneliti pemimpin memenangi tiga jawatan Naib Presiden dan 25 jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Gandingan tiga Naib Presiden UMNO yang baharu juga amat unik. Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri Besar; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari […]

» Read more

Laporan Polis Tidak Hormat Sensitiviti Agama, Pemuda Kesal Penganjuran Acara Tidak Bermoral

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meluahkan dukacita dengan penganjuran acara pertunjukan tidak bermoral yang dijadual diadakan pada 30 Mac ini. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan bahawa kepimpinan Pemuda seluruh negara akan membuat laporan polis pada hari ini bagi membatalkan program tersebut. “Insya-Allah esok (hari ini) Pergerakan Pemuda UMNO seluruh Malaysia akan membuat laporan polis terhadap penganjuran […]

» Read more
1 143 144 145 146 147 597