Melaka Giat Promosi TMM 2024, Usaha Tarik Pelancong Asing

MELAKA, 17 Sept – Kerajaan Melaka sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) di luar negara khususnya negara jiran, kata Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman. Beliau berkata promosi akan dilaksanakan di Indonesia, Brunei dan Kemboja pada minggu hadapan dengan kerjasama ejen pelancongan di negara terbabit. “Promosi pelancongan itu dibahagikan kepada tiga […]

» Read more

Melaka Bangunkan Taman Rekreasi Sukan Ekstrem, Kembalikan Kegemilangan Tanjung Bidara

ALOR GAJAH, 17 Sept – Kegemilangan Tanjung Bidara sebagai lokasi peranginan terkenal bakal dikembalikan antaranya menerusi pembangunan taman rekreasi sukan ekstrem, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Katanya pelbagai program dan aktiviti sukan ekstrem akan dijalankan bagi menarik minat golongan muda dan pengemar sukan lasak sekali gus menjadikan Tanjung Bidara sebagai lokasi pilihan mereka. “Kita akan bangunkan […]

» Read more

Melaka Perkenal Tiga Produk Baharu Pertingkat Sistem Pengangkutan Awam

MELAKA, 15 Sept – Kerajaan Negeri Melaka hari ini memperkenal tiga produk baharu dalam usaha memastikan sistem pengangkutan awam di negeri itu sentiasa efisien dan efektif. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata produk berkenaan ialah ‘Bus On Demand’ dikenali sebagai Kumpool Kasturi, aplikasi ETA GPS Journey Planner dan bayaran tanpa tunai bagi menaiki bas henti-henti yang disediakan oleh […]

» Read more

Penjaja, Peniaga Di Melaka Diwajibkan Carum Perkeso Berkuat Kuasa Disember 2023

MELAKA, 14 Sept – Semua penjaja dan peniaga di Melaka akan diwajibkan mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial, berkuat kuasa Disember tahun ini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata caruman berkenaan perlu dilakukan golongan berkenaan sekiranya ingin memohon lesen perniagaan baharu atau memperbaharui lesen menerusi empat pihat berkuasa tempatan iaitu Majlis […]

» Read more

Melaka Dapat Tambahan 500 Tan Metrik Beras Tempatan

MELAKA, 13 Sept – Sebanyak 500 tan metrik beras tempatan akan diedarkan di semua kedai runcit di seluruh negeri Melaka bermula Sabtu ini sehingga akhir bulan. Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata keputusan itu dicapai menerusi satu mesyuarat khas bagi menangani isu kekurangan beras tempatan pagi tadi yang melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri […]

» Read more

Sesi ‘Townhall’ Bajet 2024 Melaka Beri Ruang Lontar Cadangan Untuk Kepentingan Rakyat – Rais

AYER KEROH, 12 Sept – Exco Kanan Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Rais Yassin melihat Sesi ‘Townhall’ Bajet 2024 Negeri Melaka membuka ruang yang secukupnya kepada pelbagai pihak dalam merencana pembangunan menerusi Bajet 2024 kerajaan negeri berkenaan. Berkongsi dengan UMNO-Online, beliau melontarkan pandangan menerusi sesi Townhall tersebut, perlunya diwujudkan satu tabung untuk B40 bagi pembayaran deposit pembelian rumah. “Saya berpeluang ke […]

» Read more

Lapan Fokus Utama Rangka Bajet 2024 Melaka – Ab Rauf

MELAKA, 11 Sept – Lapan fokus akan diberi keutamaan dalam merangka Bajet 2024 negeri Melaka sebagai usaha memastikan rakyat pada semua peringkat masyarakat mendapat manfaat. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata penekanan pada lapan fokus itu juga bertujuan melonjakkan tahap pencapaian ekonomi, menjana pertumbuhan lebih rancak, mewujudkan kesejahteraan sosial serta memastikan semua kelompok masyarakat, khususnya B40, dilindungi. […]

» Read more

Melaka Bangunkan Aplikasi Pertanian Pintar Elak Bergantung Orang Tengah- Dr Akmal

JASIN, 2 Sept – Melaka akan membangunkan aplikasi ‘Pertanian Pintar’ menerusi Jabatan Pertanian negeri bagi membantu petani, pekebun kecil dan industri hiliran memasarkan hasil, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah. Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata projek yang melibatkan peruntukan RM2.5 juta itu, kini sedang menunggu kelulusan kerajaan Persekutuan dan dijangka dilancarkan […]

» Read more
1 4 5 6 7 8 276