Jangan Politikkan Isu Tanah Cameron Highlands – Noraini

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad membidas pihak yang cuba mempolitikkan isu berkaitan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan ke atas penerokaan secara haram di kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron highlands hanya kerana negeri Pahang adalah negeri pembangkang. Jelas beliau, isu berkaitan alam sekitar dan membabitkan nyawa […]

» Read more

Isu Penerokaan Tanah Haram Cameron Highlands: Fuziah Cuba Jadi Juara

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Operasi penguatkuasaan terhadap tanah-tanah yang diteroka secara haram di Cameron Highlands dilihat memasuki episod baharu apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh begitu lantang menuduh Kerajaan Negeri Pahang menggunakan keganasan ke atas pekebun sayur Cameron Highlands. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata padahal, Fuziah sendiri tahu bahawa operasi penguatkuasaan tersebut […]

» Read more

Isu Tadahan Air Kuala Terla Bukan Soal Parti, Kaum… Tindakan Demi Puluhan Ribu Nyawa

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Isu tindakan pengusiran 48 peneroka haram tanah Kerajaan Negeri Pahang melibatkan 300 ekar kawasan tadahan air di Kuala Terla yang berkait Sungai Ichat, Cameron Highlands tidak sepatutnya dikaitkan dengan soal kepartian dan perkauman, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib. Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim itu, ianya lebih kepada […]

» Read more

Isu Tadahan Air Kuala Terla: Tindakan Berlandaskan ‘Rule of Law’, Demi Kelestarian Alam Dan Rakyat

KUANTAN, 23 Dis – Susulan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak berkaitan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan ke atas penerokaan secara haram di kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron highlands, Kerajaan Negeri Pahang menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah berlandaskan kepentingan umum bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kepentingan rakyat sentiasa dipelihara. Menurut Setiausaha […]

» Read more

Teruskan Projek Bandar Malaysia: Terbukti PH Pemfitnah, Harus Mohon Maaf

TEMERLOH, 23 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tindakan kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) meneruskan projek Bandar Malaysia jelas membuktikan bahawa mereka adalah penfitnah. Jelas beliau, ini kerana dahulu pemimpin PH tanpa bersalah menuduh dan mempengaruhi rakyat kononnya Barisan Nasional (BN) mahu menjual negara kepada negara China sehingga akhirnya rakyat […]

» Read more

Tun Daim Patut Mengaku Kerajaan PH Tak Tahu Urus Negara, Bidas Tun Faisal

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Bekas Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz menggesa Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin mengaku bahawa masalah negara kini adalah berpunca daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu sendiri yang tidak tahu mentadbir. Bidasnya dalam satu hantaran di Facebook, tambahan pula PH diketuai oleh seorang Perdana Menteri (PM) yang sudah tidak […]

» Read more

Lakukan Sumpah Mubahalah, Berdiri Atas Kebenaran – Najib Razak

  KUALA LUMPUR, 20 Dis – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melafazkan sumpah mubahalah buat kali ketiga di Masjid Kampung Baru hari ini. Perkara tersebut dilakukan beliau bagi menafikan dakwaan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cif Inspektor Azilah Hadri yang mendakwa beliau membuat arahan secara terus untuk membunuh warganegara […]

» Read more
1 482 483 484 485 486 531