Tun Daim Patut Mengaku Kerajaan PH Tak Tahu Urus Negara, Bidas Tun Faisal

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Bekas Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz menggesa Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin mengaku bahawa masalah negara kini adalah berpunca daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu sendiri yang tidak tahu mentadbir.

Bidasnya dalam satu hantaran di Facebook, tambahan pula PH diketuai oleh seorang Perdana Menteri (PM) yang sudah tidak mampu membawa negara ke arah yang lebih baik dengan pelbagai kelemahannya yang semakin terserlah.

“PM yang gagal, tak de idea, kuat lupa, asyik tak tau apa-apa, asyik terkejut, pemikiran 20 tahun ke belakang, hanya tau nak bermain politik kotor dan menganiaya orang lain, serta kuat makan angin sana-sini buat kerja berfaedah.

“Penasihat-penasihat yang pandai sembang tapi tak tahu selesaikan masalah macam kau sendiri Daim, Council Elders, Mohamad Khalid (Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi PM),” tambah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya itu lagi.

Tun Faisal berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Daim dalam sesi dialog bertajuk ‘Keusahawanan Sebagai Aset Negara’ pada Sidang Kemuncak e-Usahawan Hero Muda 2019 semalam, yang meminta kerajaan PH fokus kepada empat isu utama yang sedang membelenggu rakyat ketika ini iaitu berkaitan ekonomi, kos sara hidup, perumahan dan pekerjaan.

Begitu juga katanya, barisan menteri PH yang tidak berkaliber dan berkebolehan, kebejatan moral serta mungkir janji sendiri membuat lantikan politik.

“Menteri-menteri kabinet yang bodoh-bodoh belaka dan tak pandai buat kerja, kuat semburit, guna sijil palsu pulak tu.

“Lantikan-lantikan politik yang langsung tak de kaliber, cucu pun dilantik jaga PNB (Permodalan Nasional Berhad), mana ASB (Amanah Saham Bumiputera) tak melingkup.

“Penyokong-penyokong pakatan yang jahil-jahil belaka,” tempelaknya lagi.

Dilaporkan, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Jalil Rasheed adalah cucu saudara kepada PM Tun Dr Mahathir Mohamad.

PNB terletak di bawah kelolaan dan tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.