Jangan Gusar Dan Khuatir Himpunan Daulat 812 Bukan Perhimpunan Haram, Elakkan Unsur Provokasi – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Peserta dan mereka yang hadir pada Himpunan Daulat 812 tidak perlu gusar dan khuatir kerana himpunan aman berkenaan bukanlah perhimpunan haram lantaran telah mendapat kebenaran pihak berkuasa keselamatan. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata apa yang penting elakkan daripada melakukan sebarang provokasi serta memainkan sentimen kebencian kaum mahupun agama kerana mesej yang […]

» Read more

Ayuh Sertai Himpunan Aman, Tolak Agenda Membobrokkan Perlembagaan Persekutuan

NIBONG TEBAL, 7 Dis – Usaha pihak tertentu yang melakukan agenda membobrokkan Perlembagaan Persekutuan perlu dihalang dengan menyokong Himpunan Ummah bersempena kejayaan membantah Ratifikasi ICERD yang akan diadakan di Dataran Merdeka, esok. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata usaha tersebut digerakkan hari ini untuk melahirkan sokongan penuh terhadap Himpunan Ummah tanpa mengira fahaman politik, agama dan […]

» Read more

Siapa Lebih Berkuasa Di Perak, MB Atau Dap?

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan siapakah sebenarnya yang lebih berkuasa di Negeri Perak? Persoalan tersebut ditimbulkan oleh beliau ekoran tindakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menolak usul yang dibawa Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. “Jarang dilihat di Parlimen dan mana-mana […]

» Read more

Jawapan Dr Marzlee Jadi Bualan Netizen Bukti Rakyat Nilai Tindak-Tanduk Kerajaan PH – Shahar

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah berpandangan rakyat sudah matang dalam melihat perkara yang berlaku di sekeliling mereka hari ini terutama sebarang langkah atau apa jua yang dilontarkan oleh mana-mana pihak khususnya pemimpin kerajaan. Menurut beliau jawapan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Parlimen mengenai sukatan pelajaran sejarah yang telah menimbulkan kontroversi menunjukkan bagaimana […]

» Read more

Lapan Sebab Kenapa Perlu Sertai Himpunan Ummah Sabtu Ini – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki  hari ini memberi  lapan sebab kenapa rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik untuk menyertai himpunan aman yang akan di adakan Sabtu ini. Menurut beliau antaranya mensyukuri kejayaan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan […]

» Read more

Dr Maszlee Disaran ‘Simpan Sedikit Kebodohan’ Dan Berpijak Di Bumi Nyata

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Menteri Pendidikan, Dr Maslee Malik dinasihati agar ‘simpanlah sedikit kebodohan’ dan berpijaklah pada bumi yang nyata kerana sekarang beliau bukan lagi pembangkang tetapi peneraju dan nakhoda kepada penentu hala tuju pendidikan negara. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berasa kesal dengan kenyataan Dr Maszlee yang menyatakan akan menjadikan skandal 1Malaysia Development Berhad […]

» Read more

Laporan Polis TH Dakwa Berkaitan Politik Berniat Jahat, Sengaja Mahu Mengaibkan – Azeez

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan bahawa laporan polis yang dibuat oleh pihak Pengurusan Tagung Haji (TH) ke atas dirinya selaku bekas Pengerusi TH adalah berniat jahat. Katanya, ada pihak yang begitu terdesak untuk mengaibkan beliau dengan mempengaruhi pengurusan baru TH membuat laporan polis terhadap dua perkara yang pernah dijawab […]

» Read more

Segerakan Siasatan Dan Dakwa Di Mahkamah Bukan Dihukum Di Pentas Media

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Pemuda UMNO mendesak agar pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dapat segera bertindak menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Tabung Haji. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata siasatan ini perlu disegerakan kerana berkepentingan awam dan mengelakkan rakyat berterusan berpolemik mengenai reputasi Institusi Islam ini yang banyak jasanya kepada umat Islam di Malaysia dan […]

» Read more

Giliran Raub Laksana Himpunan Bantah ICERD, Tolak Mutlak… Tuntut Bawa Ke Parlimen

RAUB, 1 Dis – Himpunan Bantah ICERD anjuran Pemuda UMNO Raub dan Pemuda PAS Raub di Jalan Padang, Raub, semalam, berlangsung dalam suasana aman dan penuh semangat serta dihadiri lebih 1,000 orang. Ketua Pemuda UMNO Raub, Fadzli Mohamad Kamal berkata himpunan tersebut diadakan dengan kerjasama Pemuda PAS Raub dan NGO-NGO Melayu Islam dari seluruh Raub, bagi menggambarkan kesatuan umat Islam […]

» Read more

Bantah ICERD

Raub, 30 November– Ketua Pemuda UMNO Raub, Fazli Mohamad Kamal menyampaikan ucapan pada himpunan bantah ICERD oleh Pemuda UMNO dan Pemuda Pas serta ngo kawasan Raub di perkarangan masjid Tengku Abu Bakar selepas solat Jumaat petang tadi.

» Read more
1 464 465 466 467 468 544