Dr Maszlee Disaran ‘Simpan Sedikit Kebodohan’ Dan Berpijak Di Bumi Nyata


KUALA LUMPUR, 4 Dis – Menteri Pendidikan, Dr Maslee Malik dinasihati agar ‘simpanlah sedikit kebodohan’ dan berpijaklah pada bumi yang nyata kerana sekarang beliau bukan lagi pembangkang tetapi peneraju dan nakhoda kepada penentu hala tuju pendidikan negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berasa kesal dengan kenyataan Dr Maszlee yang menyatakan akan menjadikan skandal 1Malaysia Development Berhad 1MDB dalam sukatan Sejarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai pengajaran kepada generasi akan datang.

“Kenyataan beliau jelas menunjukkan bertambah-tambah kebodohan beliau sejak enam bulan memimpin KPM. Isu ini amat tidak sesuai untuk dijadikan sukatan kerana masih dalam perbicaraan mahkamah.

“Sudahlah isu kasut, stoking hitam dan kolam renang menjadi jenaka netizen di alam media dan perbincangan masyarakat belum habis lagi, ini datang pulak isu baru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Nibong Tebal ingin menyarankan kepada Dr Maslee, janganlah sampai isu politik pun nak diheret dalam pendidikan.

“Banyak hal lagi yang lebih utama dalam memperkasa dan memperbaiki sistem pendidikan yang dibawah kepimpinan Malaysia Baru.

“Ada isu yang lebih besar seperti masalah bebanan beg sekolah, infrastruktur bangunan sekolah, pembaikan serta naik taraf kelas, masalah perkeranian terhadap guru, kebajikan guru, Pertukaran guru ‘Dukalara’, Kaedah P&P yang lebih berkesan dan banyak lagi perlu difikir dan diselesaikan oleh Dr Maszlee dalam pendidikan.

“Kita bimbang sekiranya KPM diterajui oleh orang berfikiran sebegini, maka bersedialah Pendidikan Negara akan hancur.”

Akhir sekali, Pemuda UMNO Nibong Tebal juga ingin ingatkan kepada Dr Maszlee agar jangan lupa sekali masukkan sukatan penipuan Manifesto Pakatan Harapan (PH) PRU-14, Tol Simpang Renggam, PTPTN, Skandal Forex 30 Bilion, Perwaja Steel, Tongkah, Memali, Kes Liwat Anwar Ibrahim Bakal PM dan beberapa lagi kes sebagai pengajaran kepada generasi akan datang terhadap sejarah hitam negara kita.

Semalam dalam sidang Parlimen Dr Maszlee Maszlee tampil dengan idea baru apabila bertekad mahu memastikan skandal 1MDB dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran mata pelajaran Sejarah dengan alasan kononnya bagi memastikan kepemimpinan masa hadapan tidak mengulangi kesilapan serupa. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.