Saya Tidak Mahu Pegang Apa-Apa Jawatan Buat Masa Ini – KJ

PUTRAJAYA, 3 Julai – Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin tidak mahu terikat dengan apa-apa jawatan termasuk sebagai ketua pembangkang di Parlimen buat masa ini. Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata buat masa ini beliau mahu berehat tetapi tetap akan hadir ke persidangan Dewan Rakyat untuk memainkan peranan selaku anggota Parlimen. “Jawatan ketua pembangkang ini mesti diputuskan oleh ahli-ahli Parlimen […]

» Read more

Tangguhkan Surcaj, Pemberhentian Rebat, Elak Kos Berganda Kepada Rakyat – Pemuda

KUALA LUMPUR 3 Julai – Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan supaya menangguhkan pelepasan surcaj dan pemberhentian rebat pada kadar tarif elektrik bagi mengelakkan kenaikan kos berganda kepada rakyat, yang kesemuanya tampak berlaku dalam suatu tempoh yang singkat.   Naib Ketuanya, Shahril Hamdan berkata, pengumuman mengenai pelarasan Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) baru-baru ini akan menyaksikan pengguna bukan domestik (bukan isi […]

» Read more

Cadang Potong Gaji Penjawat Awam, Fungsi CUEPACS Dipersoal

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan pemotongan gaji kakitangan awam pada bulan Ogos untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia. Naib Ketuanya, Shahril Sufian Hamdan menegaskan, fungsi kesatuan pekerja adalah untuk memperjuangkan kebajikan golongan itu dan bukannya meraih ‘mileage politik’ di mata kerajaan baharu itu. “Seingat saya, kesatuan […]

» Read more

Pemuda Sifatkan Wakil Rakyat Khianat UMNO ‘Muka Tembok’

JOHOR BAHRU, 3 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru melahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pemimpin UMNO yang bertaraf Ahli Parlimen yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Ketuanya, Mohd Hairi Md Shah berkata, dalam tempoh beberapa hari ini kita dihidangkan dengan banyak berita mengenai tindakan pemimpin UMNO yang keluar daripada parti dengan pelbagai alasan tersendiri. “Apa pun […]

» Read more

Bersatu Hadapi Musuh Politik Tanpa Tinggalkan Parti – Rosnah

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, di kala parti sedang di landa masalah, setiap pemimpin UMNO harus bersatu menghadapi musuh politik dengan kaedah yang bijaksana, dan mesti juga mempengaruhi khalayak dengan kewibawaan. Jelas beliau pemimpin parti harus bertegas dengan fakta, statistik dan sudah tentu […]

» Read more

Zahid Beri Keterangan Kali Kedua Di SPRM

PUTRAJAYA, 3 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi. Semalam, SPRM mengarahkan Ahmad Zahid, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, untuk hadir bagi memberi keterangan. Beliau yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna […]

» Read more

Hadir Beri Keterangan

PUTRAJAYA, 2 Julai — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri meninggalkan perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini selepas memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung siasatan dua kes.– fotoBERNAMA

» Read more

Angkat Sumpah Jawatan

KUANTAN, 2 Julai — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai mengangkat sumpah jawatan pada persidangan pertama bagi penggal pertama Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.Seramai 42 ADUN Pahang mengangkat sumpah yang terdiri daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN), 8 ADUN (PAS) dan 9 ADUN […]

» Read more

Semua ADUN BN Kecuali Musa Hadir Angkat Sumpah Anggota Dewan Sabah

KOTA KINABALU, 2 Julai – Semua Wakil Rakyat yang menyokong kepimpinan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman, kecuali Musa sendiri, mengangkat sumpah semula sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hari ini. Angkat sumpah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali, berlangsung kira-kira jam 8.30 pagi, sebelum pembukaan Mesyuarat Pertama […]

» Read more

Kemuka Bukti Jika Benar Wujud Politik Wang – Mohamad

SEREMBAN, 2 Julai – “Sekiranya benar wujud amalan politik wang pada pemilihan UMNO bukti perlu dikemukakan,” kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu berkata ini bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. “Tidak usahlah cakap sahaja, jika ada bukti buat laporan,” katanya selepas majlis angkat sumpah Speaker, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) […]

» Read more
1 4,527 4,528 4,529 4,530 4,531 4,585